My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 May 2015

    KEWUJUDAN NEGARA TANPA NEGARA

    Terlalu sedikit cerita yang boleh di ceritakan apa yang berlaku di sebuah pulau yang terdapat di gugusan kepulauan di Lautan Andaman. Kewujudan kira-kira 300 ke 400 orang yang mendiami sebuah pulau yang di panggil Kepulauan Sentinel Utara di Teluk Benggal jelas salah satu rahsia dunia yang kekal tidak mampu di bongkar.

    Kewujudan satu puak asli yang mendiami pulau ini jelas menjadi misteri. Jika di lihat dari ciri-ciri fizikal mereka, mereka seolah-olah bukan dari baka Anglo-Asian dimana mereka berkulit gelap serta mereka seolah-olah sepakat menolak peradaban moden dunia. Jika ada di kalangan pembaca masih ingat tentang Filem King Kong, puak ini cuba di gambarkan sebagai puak karnibal malah muncul secara misteri. Mereka di percayai telah mendiami kepulauan ini hampir 60,000 tahun yang lalu.


    Menariknya, mereka sepakat seolah-olah menolak kemajuan dunia kini. Setakat artikel ini di tulis hanya India yang menuntut pulau ini akan tetapi tidak pernah walau sekalipun bendera India mampu di naikkan di kepulauan ini. Beberapa wakil dari kerajaan India, Myanmar dan Bangladesh pernah cuba mendekati pulau ini kan tetapi semua wakil mereka menemui ajal di sana. Jadi bolehlah dikatakan Kepulauan Sentinel Utara ini seolah-olah sebuah negara tanpa pengiktirafan antarabangsa malah tiada negara yang benar-benar berhak menuntut pulau berkenaan milik mereka.

    Bukan setakat wakil negara-negara sahaja yang di bunuh, malah ada laporan mengatakan beberapa nelayan yang cuba mendekati kawasan ini juga maut di bunuh. Mereka jelas tidak berminat dengan kehadiran orang luar yang cuba mendekati mereka. Malah pernah helikopter yang cuba menghampiri mereka sewaktu tsunami Acheh 2004 juga di panah bertalu-talu oleh masyarakat di sana. Mereka tidak memerlukan apa-apa disana. Dengan menampung kehidupan menerusi aktiviti berburu dan menangkap ikan, itu sudah memadai bagi mereka. Berani mencuba? Cubalah dekati mereka. Setakat ini hanya beberapa orang sahaja yang berjaya keluar hidup-hidup dari pulau ini. Itupun mereka terpaksa bersembunyi bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat disana...

    Sumber

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEWUJUDAN NEGARA TANPA NEGARA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top