My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 11 May 2015

    UMNO - JASA KEMERDEKAAN

    Nama Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj muncul sewaktu beliau yang merupakan Presiden Persatuan Melayu Kedah berucap bagi membetulkan persepsi negatif di kalangan para ahli UMNO pada masa itu di atas cadangan yang agak radikal oleh Dato Onn bagi membuka keahlian kepada Seluruh warga Malaya tanpa mengira kaum. Beliau menerangkan banyak cara boleh di lakukan untuk penyatuan ini kerana Malaya pada masa itu terdiri dari 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Untuk suara Melayu, UMNO adalah jawapannya. Untuk Cina, MCA manakala untuk India MIC. Jadi tidak ada yang mustahil bagi penyatuan ini memandangkan gerakan kemerdekaan sedang di gerakkan. Tanpa sokongan dari 3 kaum ini, pihak Buckingham Palace menerusi Gabenornya di Malaya enggan menerima sebarang cadangan kemerdekaan Malaya. Maka di sinilah lahirnya Parti Perikatan.

    Tunku Abdul Rahman di lantik sebagai Presiden UMNO kedua pada tahun 1951. Menerusinya, idea kemerdekaan semakin kuat dan terserlah dengan perutusan surat secara terus dengan Queen Elizabeth II dan Downing Street. Asakan kuat beliau telah membuka ruang buat Malaya untuk mengadakan perjumpaan tertutup di Downing Street, London pada tahun 1954. Pada masa itu, tanpa gagal, Persidangan Agung UMNO terus di adakan walaupun pihak British jelas kurang senang dengan penubuhan parti politik Melayu ini. Hasil daripada perbincangan berkenaan, London mengizinkan satu pillihanraya umum di adakan pada tahun 1955 dimana syarat utamanya UMNO dan Perikatan mesti mencapai kemenangan mutlak untuk 1 kemerdekaan.

    Pada 27hb Julai 1955, sejarah baru tercipta apabila Malaya berjaya mengadakan pilihanraya umum pertama dan lebih manis UMNO dan Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang di pertandingkan. 1 1 nya kerusi yang gagal di menangi adalah di Krian, Perak dimana ianya di menangi oleh Tuan Guru Haj Ahmad Tuan Hussien atau nama gelaran di kabinet, En Pembangkang daripada PAS. Berikut adalah keputusan penuh dan senarai parti yang bertanding :
    Parti Perikatan (Alliance):525179.6
    Parti Kemerdekaan untuk Malaya (IMP)30 0 7.6
    Parti Islam SeMalaya (PMIP)11 1 3.9
    Parti Progresif Perak (PPP)
    Parti Kebangsaan Perak
    Hasil kemenangan ini, Tunku Abdul Rahman telah membentuk kabinet pertama Malaya pada 10hb Ogos 1955 dimana kabinet ini terdiri daripada 6 wakil Melayu, 3 Wakil Cina dan 2 Wakil India.

    Hasil kemenangan ini membuatkan British membuka mata akan pengaruh UMNO di Malaya. Hasilnya, pihak British telah menerima kehadiran Tunku bagi membincangkan dengan lebih mendalam usaha kemerdekaan negara. Pada 18hb Januari 1956, Tunku beserta 10 orang rombongannya telah bertolak ke London. Selepas beberapa siri perbincangan, pada 8hb Februari 1956, British akhirnya akur atas permintaan Tunku bagi memerdekakan Malaya dan berita ini di sambut penuh syukur oleh seluruh penduduk. Simbolik daripada perjanjian ini, kemerdekaan Tanah Melayu di umumkan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir Melaka pada 20hb Februari 1956.

    Apa yang penulis nukilkan di sini adalah jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO dahulu demi memastikan kemerdekaan di Tanah Melayu ini dapat di laksanakan. Kata-kata nista pembangkang terhadap UMNO jelas seolah-olah menidakkan jasa besar UMNO terhadap kemedekaan tanah air. Memang kini terdapat beberapa kepincangan di dalam UMNO, tetapi wadah perjuangan bagi membela Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu tidak pernah di lupa dan di abaikan. Sempena ulangtahun penubuhan UMNO kali ke 69, penulis menyeru pemimpin dan juga ahli UMNO serta seluruh rakyat Malaysia mengenang kembali sumpah taat setia terhadap perjuangan abata. Masihkah kita di landasan yang sama seperti 11hb Mei 1946? Adakah nasib Melayu kini terbela? Masih adakah ruang penyatuan bangsa Melayu kini? Apapun, Selamat Ulang Tahun kali ke 69 UMNO. Semoga kekal gah dan mampu terus menjaga kebajikan Agama, Bangsa dan Negara sehingga bila-bila.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UMNO - JASA KEMERDEKAAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top