My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 3 May 2015

    TELCO - SIAPA YANG BERSALAH

    Sejak awal bulan Mei ini, kecoh 1 Malaysia tentang cas GST yang di kenakan oleh syarikat komunikasi ke atas pengguna. Mengikut statistik yang di keluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kira-kira 47 juta pengguna jaringan komunikasi yang di sediakan oleh pihak Telco kepada seluruh penduduk di Malaysia. Penggunanya pula seawal usia 10 tahun (mungkin lebih muda) sehingga berusia lebih daripada 70 tahun menggunakan jaringan ini samada untuk perhubungan biasa mahupun internet.

    Cas GST sebanyak 6% yang di kenakan terhadap pengguna mengikut sebilangan rakyat Malaysia agak membebankan dan terdapat desakan supaya cas ini di mansuhkan. Kekalutan ini bertambah apabila Pengarah Kastam Di Raja Malaysia bertindak mengeluarkan kenyataan mendahului Kementeria Komunikasi. Ini mengakibatkan kekeliruan terhadap pengguna. Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan, kerajaan akan mengalami kerugian sehingga 800 juta jika cas ini di mansuhkan. Sekali imbas kenyataan ini mungkin memberi "peluru hidup" kepada pembangkang mahupun penentang GST. Akan tetapi hakikatnya jika di teliti, ada benar kenyataan beliau.

    Sejak 1hb April 2014, memang terdapat cas GST di kenakan pada setiap reload yang di gunakan. Jika di nilai, cas RM 0.60 berkenaan telah di kontrakan kedalam bentuk masa berbual untuk semua jaringan komunikasi. Setelah mendapat desakan berterusan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertindak mengadakan rundingan semula dengan Telco dan hasilnya pada 28hb April, Telco secara dasarnya bersetuju untuk mengembalikan semula harga asal bagi setiap reload yang di beli bermula 1hb Mei 2015. Hanya pada dasar, belum lagi cara perlaksanaan dan cukai GST yang di kenakan. Sebelum pengumuman persetujuan di umumkan, campur tangan pihak Kastam mengeruhkan keadaan. Ini mengakibatkan Menterinya berada di dalam kedudukan tersepit dan pada masa yang sama, Telco mengumukan sedang mengkaji mekanisma terbaik dalam menampung "kehilangan" cas GST pada setiap jualan tambah nilai. Ini yang sebenarnya terjadi.

    Untuk penguna, sebenarnya perolehan cas GST paling banyak di perolehi menerusi pengguna talian tetap. Disinilah munculnya dilema bagaimana mahu menyamaratakan penggunaan talian tetap dan prepaid. Pada masa yang sama, pengguna prepaid adalah dari kalangan pekerja asing yang mana menerusi kajian secara rambang, mereka akan membuat tambah nilai terbanyak iaitu antara RM 200 ke RM 400 sebulan berbanding penduduk Malaysia sendiri yang menggunakan lebih kurang RM 50 ke RM 80 sebulan termasuk tambah nilai internet. Di sini juga kerajaan mempertimbangkan akan kemungkinan kerugian dalam tambah nilai pekerja asing di Malaysia. Ini yang dimaksudkan kemungkinan kerajaan akan mengalami kerugian sehingga RM 800 juta jika cas ini terpaksa di tampung kerajaan. Jadi kepada pengguna di luar sana, bersabarlah sementara pihak Kerajaan mencari jalan terbaik dalam situasi menang menang. Jangan terlalu cepat melatah akan situasi yang ada kini.

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    1. okay. got it. tapi knapa tak dpt nk tetapkan yg mana2 dulu. sbb kejap ada kejap takda. tu yg jd confuse. at least bg la tetapkn harga dulu. sbb aku beli topup 10 hinggit kdg2 ada gst kdg2 tak ada. ada jual 10.60 ada jual 10. pelik la.

      ReplyDelete
      Replies
      1. yg jual harga biasa stok lama sbb sy pun bisnes topup..sayanglah klu buang mcm tu jer stok lama..

        Delete

    Item Reviewed: TELCO - SIAPA YANG BERSALAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top