Ini adalah
pandangan peribadi penulis terhadap kemelut baru yang muncul berkaitan 1MDB dan
jawapan mudah penulis terhadap pertanyaan Khairy Jamaluddin berkaitan kemelut
ini. Sebelum membaca segala fakta ini, elok cuba asingkan fahaman politik
supaya boleh mengadili dan meneliti tanpa melibatkan emosi. Pandangan peribadi
ini adalah dari persepsi perniagaan dan sebagai pembangun hartanah berkaitan
pembelian hartanah 1MDB seluas 1.56 ekar bernilai RM 188.5million oleh Tabung
Haji. Bagi penulis ianya adalah WAJAR atas 5 alasan utama :
1. Satu
pelaburan yang manasabah yang bakal memberi pulangan lumayan berjumlah RM 177.5
million kepada Tabung Haji apabila hartanah tersebut dibangunkan (GDC RM 462
million, kos tanah RM 188.5 milliom dan GDV RM 828 million).
2. Harga yg
ditawar RM2700/ft2 di kawasan tersebut adalah harga sangat munasabah. Tanah
berhampiran dijual >RM3000/ft2. Tanah kedutaan Jerman di Jalan Kia Peng di
jual kepada MRCB baru-baru ini pada harga RM3,188ft2 (tanah seluas 7552.2m2
dijual pada RM 259.16mil). Sebidang tanah berhampiran kedutaan US di Jalan Tun
Razak juga dijual dgn harga RM3100/ft2 kepada sebuah syarikat dari Jepun.
3. Pulangan
mungkin lebih tinggi berikutan pelan pembinaan keretapi laju Singapura - Kuala
Lumur yang bakal dilaksanakan mungkin akan menarik pelabur-pelabur Singapura
membeli Hartanah di Kuala Lumpur yang jauh lebih murah (Rumah paling murah di
Singapura adalah rumah HDB/housing development board bernilai SD 400,000 = RM 1
Juta).
4. Soal
harga sangat rendah yg dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan itu merupakan soalan
yg tiada kaitan dengan Tabung Haji. Bagi penulis, Tabung Haji telah membuat
analisis perniagaan dan keputusan yang amat wajar tanpa merugikan para pelabur
dan penyimpan. Adalah sesuatu yang dangkal apabila mengaitkan sebarang penyelewangan
dana mahupun melabur ke hartanah yang merugikan.
5. Daripada
tanah tersebut jatuh kepada syarikat persendirian bukan bumiputera atau
syarikat asing, adalah lebih baik ianya dibeli oleh Tabung Haji yang akan
memulangkan sebahagian keuntungan daripada pembangunan tanah tersebut kepada
pendeposit. Jika di lihat dari segi konteks perniagaan, ini adalah konsep
win-win situation samada dari Tabung Haji itu sendiri mahupun kepada pelabur
dan juga pendeposit.
Jika penulis
mampu (...jika..) dengan harga ditawar oleh 1MDB, penulis juga mahu membeli
tanah tersebut yang terletak di kawasan yang sangat-sangat strategik dan pasti
akan membawa keuntungan apabila ianya dibangunkan. Jadi nasihat penulis kepada
pihak-pihak yang berkenaan terutama Khairy Jamaluddin, tidak perlu kita melatah
dan mengutuk tanpa usul periksa serta mempolitikkan semua perkara sehingga
terdapat khabar angin ada pendeposit sudah tidak yakin dengan Tabung Haji dan
mahu mengeluarkan keseluruhan wang mereka keluar dari semua simpanan akaun Tabung
Haji. Soal 1MDB yang kini sedang panas adalah soal yang tidak berkaitan dengan
keputusan Tabung Haji membeli unit hartanah tersebut.
Setiap
perkara ada pro dan kontra. Moral dari isu-isu samada 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan TPPA,
adalah wajar untuk mendapatkan pandangan rakyat marhein di bawah dahulu barulah
merencanakan kerana yang berkuasa adalah rakyat. Tidak perlu apabila sesuatu di
bongkarkan, barulah jawapan hendak di sediakan walaupun beberapa tindakan ini
jelas akan memajukan sesuatu syarikat mahupun negara. Pemimpin yang dipilih
adalah untuk menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat tanpa mengira apapun
pandangan politik rakyat.
Sumber
JSJM
0 comments:
Post a Comment