My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 2 May 2015

    HIMPUNAN BATAL GST - MELAYU KEKAL DI BODOHKAN

    Menerusi pemerhatian penulis, Himpunan Batal GST ini sekali lagi berjaya memperbodohkan Melayu itu sendiri. Mungkin ada beberapa pihak dari pihak pembangkang mengatakan, himpunan hari ini berjaya menarik Bangsa Cina menyertai mereka. Tapi tanpa mereka sedar 75% daripada peserta perhimpunan ini adalah dari Bangsa Melayu. Hanya kira-kira 15% terdiri daripada Bangsa Cina dan selebihnya dari Bangsa India.

    Benar seperti ada seorang sahabat penulis cakap sebentar tadi. Bangsa Cina tidak perlu turun di setiap demo kerana mereka mencipta suasana ini sekarang menerusi DAP. Manakala bagi Bangsa Melayu, mereka kekal sejak sekian lama suka menganga mendengar ceramah dari bertindak memajukan diri. Maka apa yang di lihat hari ini membuktikan kata-kata beliau sebentar tadi.

    Rata-rata penulis lihat mereka semuanya sihat walafiat dengan majoriti peserta semuanya berisi, tiada seorang pun kurus melidi angkara GST. Malah ada di kalangan mereka sempat singgah di restoran makanan segera yang terang-terang mengenakan GST tetapi masih singgah untuk minum dan menjamu selera. Persoalan paling utama, adakah GST di mansuhkan hasil demo seramai 8 ke 10 ribu orang?

    Mungkin para peserta tidak sedar bahawa mereka telah termasuk perangkap peniaga tamak di luar sana. 2 3 minggu sebelum GST di laksanakan, berduyun peniaga Cina (kerana majoriti mereka adalah peniaga barang keperluan samada dari pengilang, pemborong mahupun peniaga) telah menaikkan harga barangan antara 5 ke 10%. Jadi setelah perlaksanaan GST, mereka mengambil kesempatan mengenakan cukai berkenaan terhadap barangan mereka. Ini menjadikan keuntungan mereka berlipat ganda selepas perlaksanaan GST. Sewaktu kempen mendesak harga barangan di turunkan, Rafizi Ramli dan para pendokong PR masing-masing memilih mendiamkan diri dan lebih menyedihkan, ada yang menghentam Dato Seri Ismail Sabri kerana kenyataan beliau terhadap peniaga tamak. Sekarang lihatlah hasilnya. Jadi bolehlah penulis rumuskan, Himpunan Batal GST mempunyai maksud di sebaliknya dan himpunan ini sekali lagi berjaya memperbodohkan Bangsa Melayu itu sendiri.

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HIMPUNAN BATAL GST - MELAYU KEKAL DI BODOHKAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top