My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 2 May 2015

    AGENDA TERSIRAT HIMPUNAN BATAL GST

    Penulis tidak berminat dengan apa yang di laungkan oleh para peserta demo seperti Hancur UMNO, Turun Najib, Turun Rosmah (err Rosmah Adun atau Ahli Parlimen mana ek?) dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian penulis adalah agenda tersirat di sebalik himpunan ini.

    Jika di perhatikan secara kasar himpunan ini sama seperti himpunan lain yang di adakan sebelum ini. Akan tetapi pada mata penulis, selain dari hasrat pembatalan GST terdapat 6 lagi tujuan "ghaib" oleh penganjur himpunan ini.

    1. Mendapatkan 1 juta tandatangan mendesak pembebasan Anwar Ibrahim. Perkara ini jelas berlaku di hadapan penulis dimana ada kira-kira 20 orang petugas sukarela yang bergerak mendekati peserta untuk mendapatkan tandatangan yang penulis percaya itu merupak petisyen dangkal mereka. Ini kerana tiada jalan lain bagi Anwar untuk bebas selain menghabiskan baki hukuman penjara yang di terimanya .

    2. Kempen mudah Wan Azizah untuk menghadapi Pilihanraya Kecil P044 Parlimen Permatang Pauh. Walaupun jauh dari lokasi berkenaan, tetapi penulis dapat melihat aktiviti kempen yang cuba di jalankan segelintir peserta dalam mempromosikan calon PKR di Permatang Pauh.


    3. Cubaan DAP menghasut peserta menjadi pemberontak kepada kerajaan yang ada sekarang. Jelas dapat di lihat penglibatan DAP keatas himpunan ini dimana mereka bergerak di atas kenderaan 4WD dan mengeluarkan kata-kata menghasut penuh kebencian walaupun bahasa Melayu mereka jelas berterabur dan adakalanya langsung tidak di fahami.

    4. Cubaan PASMA dalam meluaskan pengaruh mereka di dalam Pakatan Rakyat. Penglibatan tokoh besar PASMA seperti Mat Sabu dan Khalid Samad yang kononnya mewakili PAS tidak mengejutkan. Kedua-dua individu yang cuba membawa idealogi PASMA di dalam PAS tidak dapat di sangkal lagi. Kebetulan himpunan ini di hadiri oleh sebilangan pengikut PAS juga menyerlahkan dakwaan penulis.

    5. Kehadiran beberapa wakil badan yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik seperti Bar Council juga menimbulkan tandatanya. Apakah kini keadilan hanya memihak kepada Pembangkang apabila barisan peguam yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik tetapi hadir dalam himpunan seperti ini?

     6. Agenda Anarkies kembali menjelma setelah pengasasnya, Ali Abdul Jalil menjadi pengecut lari ke Sweden. Kehadiran beberapa puak anarkies beserta barisan kesaksamaan bangsa ini jelas membahayakan Ketuanan Melayu di Tanah Malaysia ini. Slogan menuntut tiada lagi Bangsa Melayu, Cina dan India seolah-olah mendokong prinsip Indonesia Raya dimana di sana hanya wujud Bangsa Indonesia walaupun terdapat lebih dari 200 suku bangsa. Jelas ini sesuatu yang membahayakan pada kedaulatan Negara. Malah ada juga yang secara teran-terangan memperlekehkan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung selaku Ketua Negara dan Agama Islam

    Jadi tidak hairanlah perilaku peserta ini adakalanya mudah di baca. Benar terdapat juga peserta yang hadir semata-mata membantah GST. Tetapi gerakan yang di atur selain menuntut Pembatalan GST ini jelas dapat di lihat sewaktu himpunan petang tadi.






    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AGENDA TERSIRAT HIMPUNAN BATAL GST Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top