Kerajaan Filifina semalam sekali lagi mengulangi ikrar untuk terus menuntut hak pemilikan Negeri Sabah dari Kerajaan Negeri Malaysia walaupun kebelakangan ini berita penuntutan ini agak senyap seketika. Menurut Presiden Filifina, Benigno Aquino II menerusi wawancara akhbar dengan Philippine Star, Raussa Robles, mereka masih melakukan kajian terperinci berhubung tuntutan berkenaan sebelum mengambil tindakan lebih lanjut. Menurut beliau, adalah mustahil bagi kerajaan Filifina untuk menamatkan tuntutan ini kerana perkara berkenaan sentiasa mengundang perasaan kurang senang bagi rakyat Filifina.
Bagi pemerhatian penulis, apa yang di ungkapkan oleh Aquino merupakan satu ancaman terhadap kedaulatan negara. Selepas Sultan Jamalul Kiram III
melakukan ancaman terbuka terhadap Sabah pada Mac 2 tahun lalu dengan bantuan MILF dan Nur Misuari, kenyataan terkini dari Aquino ini memungkinkan satu lagi tindakan agresif dari mana-mana pejuang pemisah yang ada di Filifina.
JSJM
Menurut Aquino lagi, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian tentang
perkara itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah antara isu paling besar dalam
penentuan hak dan maruah negara ini. "Isu
tuntutan Sabah ini juga sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah
orang yang tinggal disana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama
Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara di adakana terlebih dulu bagi menentukan hak rakyat Negeri Sabah,” katanya.
Filipina
mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai
Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878
antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata. Manakalan bagi Kerajaan Malaysia menafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di
Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun
1963.
melakukan ancaman terbuka terhadap Sabah pada Mac 2 tahun lalu dengan bantuan MILF dan Nur Misuari, kenyataan terkini dari Aquino ini memungkinkan satu lagi tindakan agresif dari mana-mana pejuang pemisah yang ada di Filifina.
JSJM
0 comments:
Post a Comment