Ahli Dewan
Undangan Negeri UMNO DUN Lenggeng, Negeri Sembilan merangkap bekas Ketua UMNO
Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah
Tinggi Seremban hari ini, dan memungkinkan satu lagi Pilihanraya kecil bakal
berlaku. Di fahamkan ADUN berkenaan masih dalam prosiding rayuan terhadap
pengisytiharan mahkamah hari ini.

Dalam
perundangan Malaysia, seseorang wakil rakyat akan hilang kerusinya selepas
diisytiharkan muflis, di jatuhi hukuman penjara melebihi 2 tahun atau denda
melebihi RM 4,000. Penulis mengharapkan beliau mampu menyelesaikan masalah ini
kerana penulis di fahamkan Datuk Ishak merupakan ADUN kawasan Lenggeng yag
gigih bekerja untuk penduduk di sana. Adalah merugikan andai seorang yang mampu
bekerja tetapi hilang kelayakan sebagai wakil rakyat di kawasan yang di
wakilinya.
JSJM
0 comments:
Post a Comment