My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 3 May 2015

    KEPRIHATINAN PERDANA MENTERI

    Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam mengumumkan harga baru bagi rumah generasi kedua Felda yang lebih murah dari harga yang di war-warkan sebelum ini. Pada harga yang di tetapkan dari RM 90,000 seunit, jauh lebih murah dari harga yang di umumkan sebelum ini iaitu dari RM 125,000 seunit.

    Isu ini sebenarnya sudah berlarutan agak lama sehingga menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah generasi kedua Felda di seluruh negara. Pada pengumuman awal dari Perdana Menteri sebelum ini, harga rumah berkenaan di tetapkan pada RM 70,000. Tetapi berikutan beberapa faktor yang di luar kawalan, harga berkenaan melambung dari RM 125,000 ke RM 145,000 sebuah seperti yang di umumkan oleh pihak pengurusan Felda Golden Ventures Holding (FGVH). Berikutan beberapa siri bantahan dan desakan, akhirnya memaksa campur tangan Perdana Menteri bagi menyelesaikan permasalahan ini dan seterusnya membawa penurunan harga rumah berkenaan, seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri menerusi entri terbaru beliau di laman sosial Facebook milik beliau semalam.

    Berita ini jelas sesuatu yang menggembirakan bagi anak Felda setelah mereka begitu lama menantikan harga yang berpatutan bagi unit rumah yang mereka idamkan. Bagi penulis, pengumuman Perdana Menteri ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Felda begitu dekat di hati beliau memandangkan Almarhum ayahanda Dato Seri Mohd Najib merupakan pengasas industri Felda di negara ini. Jadi sedikit sebanyak sebarang rungutan warga Felda terus diberi perhatian oleh Perdana Menteri.

    Dalam hal ini sekali lagi campur tangan Perdana Menteri menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penulis perhatikan, semua perkara dan masalah yang timbul mesti kena ada campur tangan Perdana Menteri baru dapat di selesaikan secara total. Isu remeh seperti cas GST Telco juga perlu campur tangan Perdana Menteri. Nasihat penulis, mereka yang berkenaan seharusnya lebih bijak menyelesaikan masalah yang timbul di dalam portfolio masing-masing. Tugas Perdana Menteri sudah cukup besar dan berat untuk di pikul. Sekurang-kurangnya, bantulah beliau untuk meringankan beban yang beliau pikul.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEPRIHATINAN PERDANA MENTERI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top