My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 May 2015

    ROHINGYA - PENGHAPUSAN ETNIK

    Isu Pelarian Rohingya bukan perkara baru bagi Asia Tenggara sehinggakan masalah ini jelas menghantui kebanyakan negara yang di tuju mereka termasuk Malaysia. Acapkali kita mendengar kisah kejadian bot pelarian karam di tengah lautan. Malah kini terdapat kubur besar di temui di Selatan Thailand sehingga menimbulkan kebimbangan besar kepada Pemimpin ASEAN malah pemimpin dunia yang lain. Persoalan, siapakah Rohingya? Kenapa mereka harus menghadapi semua ini?

    Etnik Rohingya merupak etnik yang mendiami sempadan antara Myanmar dan Bangladesh dimana mereka hanya di pisahkan dengan sebatang sungai. Majoriti etnik Rohingya menganut agama Islam di mana pengislaman mereka terjadi apabila banyak Tabligh dari Bangladesh singgah di kawasan mereka. Apabila Junta tentera Myanmar merampas kuasa demokrasi yang di pilih oleh rakyat kira-kira 40 tahun yang lalu, Etnik ini paling teruk terjejas bila mereka di asak sehingga mereka kehilangan kawasan tempat tinggal. Kini, etnik ini tidak lebih daripada penumpang di tanah air mereka sendiri apabila Junta mengusir mereka sehingga pesisir sungai. Ini di burukkan lagi dengan serangan rakyat tempatan beragama Budha yang membunuh etnik ini sewenang-wenangnya. Jadi boleh di simpulkan Rohingya adalah masalah penghapusan etnik, budaya dan juga perang agama.

    Apa yang membibitkan kebimbangan kini, mereka jelas kian terdesak untuk keluar dari Myanmar dimana kerajaan Bangladesh sendiri tidak menerima kehadiran mereka atas alasan kerajaan Bangladesh sendiri menghadapi masalah dalam membangunkan infrastruktur dan sosio ekonomi mereka. Jadi 1 1nya jalan keluar bagi etnik ini adalah berhijrah keluar dari Rakhnie dengan mencari suaka di luar Myanmar. Menyedihkan bagi mereka, Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri gagal memastikan etnik Rohingya mampu survive dari permasalahan mereka. Apa yang mampu PBB lakukan adalah memberi pas pelarian UNHCR dan dari sinilah masalah akan muncul. Negara mana yang mahu menerima mereka.

    Di anggarkan seramai 6,000 orang kini berada di lautan samada di Teluk Benggal, Lautan andaman, Lautan Hindi mahupun Selat Melaka. Manakala lebih 9,000 orang kini bertebaran di dalam hutan sempadan Myanmar - Thailand dimana menurut Human Right Watch (HRW) ini merupakan penghijrahan besar-besaran manusia keluar dari tempat tinggal mereka. Malah menurut perangkaan, Penghijrahan etnik ini menerusi laut merupakan paling besar di saksikan selepas Perang Vietnam kira-kira 40 tahun yang lalu. Buktinya, Pihak berkuasa Malaysia berjaya menyelamatkan 1,104 orang pelarian Rohingya di Langkawi baru-baru ini. Lebih mengharukan, bot mereka sudah hanyut tanpa arah hampir sebulan. Agak menyedihkan apabila Pihak Berkuasa Indonesia sebenarnya telah menahan mereka tetapi melepaskan balik setelah mereka memilih untuk ke Malaysia berbanding tinggal di Indonesia.

    Penulis tiada jalan penyelesaian untuk permasalahan ini. Tujuan penulis menulis kisah ini adalah memberi kesedaran betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Selama 58 tahun kita kekal aman dan semakin maju sehinggakan negara kecil ini menjadi tumpuan. Kestabilan yang kita nikmati jelas bukan datang bergolek. Usah kita memilih untuk menjadi Rohingya semata-mata tamakkan kuasa dan tidak memperdulikan usaha yang kita lakukan untuk membangunkan Malaysia.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROHINGYA - PENGHAPUSAN ETNIK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top