My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 May 2015

    AURA TUN SEMAKIN HILANG

    Penulis sebenarnya tidak lagi mahu menyentuh isu berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Dato Seri Mohd Najib berkaitan urus tadbir negara. Pelbagai dakwaan dan tuduhan di lakukan oleh Tun M terhadap kepimpinan Dato Seri Mohd Najib walaupun setiap dakwaan sentiasa di jawab dengan berhemah dari Perdana Menteri. Terkini paling hangat dakwaan Tun Dr Mahathir terhadap Speaker Parlimen, Dato Seri Pandikar Amin Mulia dengan mengatakan Speaker telah bertemu beliau secara sulit untuk meletak jawatan. Hanya mengambil masa kira-kira 4 jam, Dato Seri Pandikar mengeluarkan kenyataan menafikan kenyataan Tun M di Ipoh dan ini menimbulkan kemarahan Tun, seolah-olah ada orang berani melawan dakwaan beliau.

    Apa yang menarik pemerhatian penulis, Isu tun berkenaan mengheret Tun Dr Siti Hasmah sekali dalam konflik ini. Jika kita perhatikan sewaktu usaha Tun menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, tiada langsung suara Tun Dr Siti Hasmah menuntut Tun Abdullah meletak jawatan. Malah Tun secara berseorangan menyerang Tun Abdullah sehingga akhirnya Tun Abdullah meletak jawatan. Tetapi menerusi kenyataan Tun Dr Siti Hasmah yang berbunyi "Demi agama, Bangsa dan Negara, untuk Negara yang lebih baik, letaklah jawatan Najib" seolah-olah Tun Dr Mahathir kini seperti hilang aura.

    Dalam siri ceramah beliau, kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan orang yang kecewa dalam politik serta menggunakan medium media suara pembangkang dalam mendesak Dato Seri Najib meletak jawatan. Kebanyakan media massa kini seolah-olah menangkis setiap serangan Tun terhadap kepimpinan Dato Seri Mohd Najib. Tidak seperti sewaktu siri serangan terhadap Tun Abdullah dahulu, kebanyakan pengamal media kini lebih bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

    Tiada apa yang mampu penulis katakan melainkan, berhentilah menyerang satu sama lain. Ketua kini di pegang oleh Dato Seri Mohd Najib dan taat kita harus kepada pemimpin bukan mendengar desas desus mereka yang di luar dari kabinet.




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AURA TUN SEMAKIN HILANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top