My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 May 2015

    NAJIB MEMPERLEKEHKAN OBAMA DAN US

    Ketika berucap di Sidang Meja Bulat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara sinis berkata, tiada mana-mana negara dalam dunia mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya dengan bayaran perubatan hanya RM1.00. Malah menurut beliau, negara maju seperti Amerika Syarikat juga tidak mampu menandingi kecekapan sistem kesihatan di Malaysia.

    Memetik kata-kata beliau semalam, Dato Seri Mohd Najib berkata "Di Malaysia, kalau pergi jumpa doktor umum di hospital kerajaan samada di klinik 1Malaysia atau hospital (kerajaan), bayarannya cuma satu ringgit. Saya berani bertaruh, mana ada sistem kesihatan di dunia yang bayarannya hanya satu ringgit, (manakala) ubat-ubatannya pula diberi percuma,". Beliau juga berkata, jika seseorang bertemu dengan doktor pakar (di klinik atau hospital kerajaan), bayaran yang dikenakan hanyalah RM5. Maknanya, jika ditukar nilai itu kepada dolar Amerika, ia hanya berjumlah AS$1.50. "Di Malaysia anda boleh bertemu doktor pakar dengan hanya AS$1.50. ObamaCare pun tak terlawan" katanya. Kelebihan itu, kata perdana menteri tidak dapat ditandingi mana-mana pihak.

    Dalam konteks ini, penulis jelas tidak faham kenapa masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang berterusan mengganggap kerajaan gagal dan zalim. Isu-isu seperti 1MDB, GST malah baru-baru ini isu Tabung Haji jelas di beri keutamaan sedangkan khidmat terbaik untuk rakyat termasuk khidmat kesihatan. Rata-rata rakyat Malaysia andai menghidapi masalah kesihatan (melainkan bomoh dan pawang) akan bertemu dengan doktor dan segala ubat-ubatan jelas di berikan secara percuma dimana ini jelas tidak di nikmati di Singapura, Indonesia, Thailand, Filifina, India dan hampir seluruh dunia. Malah cas rawatan bagi ibu bersalin juga serendah RM 36.00 dan dalam kes-kes kecemasan, kos rawatan di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Menyedihkan masih ada penjawat awam malah yang berkhidmat di bidang kesihatan juga mencemuh kerajaan dengan isu yang langsung tida kena mengena dengan karier pekerjaan mereka. Apa lagi yang kalian harapkan daripada kerajaan? Tepuk dada tanya selera....

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Salam sahabat. Harap dapat tukar warna background sebab susah nak baca di smartphone. Tq

      ReplyDelete

    Item Reviewed: NAJIB MEMPERLEKEHKAN OBAMA DAN US Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top