My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 May 2015

    PAS HILANG MARUAH DI KAKI DAP

    Hukum Hudud sekali lagi di permainkan oleh sekutu parti PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP. Kehadiran Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli ke Kota Bharu, Kelantan jelas sekali membuktikan hudud langsung tiada tempat di dalam Pakatan Rakyat. Di tambah dengan kehadiran "Presiden" PASMA, PAS seolah-olah bersendirian di dalam Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan hudud di Kelantan.

    Memetik kata-kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz, ramai di kalangan orang-orang PAS memang menantikan kematian Murshidul Am PAS, Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kini PAS seolah-olah sudah terpecah kepada 2 bahagian dimana PAS sendiri sudah bercelaru arah tujunya. Jika di lihat dari kata-kata beliau, jelas sekali ada dikalangan ahli PAS sendiri tidak lagi menjadikan hudud sebagai perjuangan mereka. Dalam pembentangan Rang undang-undang HUDUD di Kelantan sebelum ini, UMNO dan PAS jelas sepakat untuk menjayakan hukum ini di Kelantan. Tetapi samada Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang mahupun Mat Sabu sendiri menentang hukuman ini di kuatkuasakan di Kelantan. Semua ini di burukkan dengan "kelembutan" Dato Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang selalu akur di atas desakan Lim Kit Siang supaya mengggurkan tuntutan PAS sejak sekian lama tentang hudud, jadi semua ini melambatkan urusan menggazetkan hudud di sana.

    Melihat Lim Kit Siang menjejakkan kaki di Kelantan sambil memberi ucapan terbuka menentang hudud, jelas sekali apa yang di tuntut PAS jelas hanya satu retorik politik bagi memancing undi pada setiap pilihanraya. Sepanjang Allahyarham Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, jangan katakan Lim Kit Siang, Karpal Singh pun tidak pernah menjejakkan kaki ke Kota Bharu. Jelas kini ada sesuatu yang tidak kena di dalam PAS malah gerakan PASMA yang kini di taja DAP Pulau Pinang jelas cuba menghuru harakan PAS dan seterusnya melemahkan parti Melayu Islam antara tertua di negara.

    UMNO harus mengambil iktibar di atas apa yang berlaku di dalam PAS. Kesepakatan ahli UMNO penting bagi terus memperkasakan parti bagi menghadapi sebarang tekanan. Orang-orang seperti Khairy Jamaluddin, Tun Dr Mahathir Mohamed antara mereka yang jelas sekali cuba melemahkan UMNO dengan pemikiran orputunis dan sebarang kenyataan dari mereka jelas membawa UMNO semakin berpecah, sama seperti yang berlaku di dalam PAS apabila Presidennya sendiri tidak mendapat sokongan padu dari dalam maka muncullah gerakan PASMA yang memakan sedikit demi sedikit PAS dari dalam. Apakah ini yang di mahukan UMNO dalam terus berpuak-puak di dalam parti?


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PAS HILANG MARUAH DI KAKI DAP Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top