My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 May 2015

    PERLETAKKAN JAWATAN - CERITA SEBENAR

    Isu hangat yang di perkatakan sejak akhir-akhir ini adalah berkaitan dakwaan perletakkan jawatan Dato Seri Pandikar Amin Mulia selaku Speaker Dewan Rakyat di Parlimen. Dakwaan ini muncul sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed mengadakan sesi dialog bersama penyokongnya di Ipoh 2 hari lalu. Isu ini terus di perkatakan oleh hampir semua pemain media samada media elektronik, massa mahupun media alternatif. Isu ini seolah-olah semakin hangat dengan pelbagai dakwaan malah setelah Pandikar mengeluarkan surat kenyataan media menafikan dakwaan Tun, isu ini terus di mainkan malah media pro pembangkang seperti Malaysian Insider juga memainkan isu ini. Apa sebenarnya yang berlaku?

    Dalam hal ini, Speaker Dewan Rakyat telah mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Tun M dan meluahkan rasa tidak puashati beliau kepada PENTADBIRAN DI PARLIMEN dan telah mengakui ada memberi surat perletakan jawatannya kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia tetapi Perdana Menteri tidak membacanya tetapi sebaliknya berjanji akan menyelesaikan permasalahan ini dan Tuan Speaker Pandikar sehingga hari ini masih meneruskan tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Menurut Pandikar, beliau berasa beegitu kesal dengan pendedahan rahsia perbincangan antara beliau dan Tun M yang pada hematnya tidak sepatutnya didedahkan kepada awam. Menurut beliau lagi, Tun M tidak berhak mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat di Parlimen kerana perkara tersebut adalah urusan beliau dan beliau akan mengumumkan sendiri jika beliau bersedia dan surat perletakkan jawatan beliau di terima oleh Perdana Menteri.

    Pandikar Amin juga mengakui bahawa Tun M begitu ghairah hendak menyingkirkan Dato Seri Mohd Najib dan mendesak beliau segera dan meneruskan hasrat beliu untuk meletakkan jawatan. Menurut beliau, beliau jelas tidak bersetuju dengan desakan Tun M kerana berasakan permasalahan beliau spt mana yg telah dimaklumkan di atas adalah disebabkan oleh ISU PENTADBIRAN PARLIMEN dan bukannya ISU PENTADBIRAN KERAJAAN. Disini agak jelas pengakuan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen bahawa permasalahan di pentadbiran parlimen agak berat dan sangat tidak menyebelahi tanggungjawab dan tugas beliau sebagai Speaker dan mungkin ada unsur suaranya sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat TIDAK DIHORMATI OLEH PENTADBIRAN PARLIMEN. Dalam hal ini, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mempunyai sebarang kuasa dan bukan menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan Pentadbirannya. Disinilah dimana Tun M memanipulasikan prihal perletakkan jawatan Pandikar dan seterusnya mencipta polemik yg berpanjangan kini.

    Jika di renungkan sejenak, individu yang mempunyai kuasa untuk menguruskan hal ehwal di Parlimen adalah mereka yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan individu berkenaan adalah Dato Seri Shahidan Kassim, bukan Dato Seri Mohd Najib. Di sini kita dapat melihat permasalan sebenar yang berlaku dan ada kemungkinan juga terdapat individu tertentu mahu membawa usul undi tidak percaya di Parlimen dan Yang Di Pertua menolak sebarang usaha kotor ini dan seterusnya di manipulasikan oleh Tun M dengan mendakwa Pandikar ingin meletakkan jawatan. Semoga artikel tidak seberapa ini dapat menolak sebarang dakyah yang sedang di sebarkan oleh pengikut tegar Tun M dan Malaysian Insider dengan mendakwa Dato Seri Najib memaksa Dato Seri Pandikar Amin menarik balik surat perletakkan jawatan beliau.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERLETAKKAN JAWATAN - CERITA SEBENAR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top