My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 11 May 2015

    UMNO-ASAS PEJUANGAN MELAYU




    Siapa tidak mengenali nama UMNO. Nama yang sentiasa dan kekal gah di Malaysia dan terus menerus memerintah Malaysia menuju kearah negara Maju. Pertubuhan yang di beri nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United MalayNational Organisation (UMNO) ini merupakan sebuah Pertubuhan Parti Politik tertua di Malaysia dengan di anggotai lebih dari 3.5 Juta ahli di seluruh negara. Keanggotaannya terdiri daripada orang-orang Melayu ini merupakan wadah perjuangan yang di warisi sejak zaman berzaman lagi.

    Asas penubuhan UMNO sebenarnya berkisar pada satu himpunan besar-besaran yang di kenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya dan di anjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor serta di adakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4hb Mac 1946. Himpunan ini di hadiri oleh wakil daripada 41 buah Pertubuhan Melayu seluruh Malaya. Pada himpunan ini mereka sebulat suara melantik Dato Onn Jaafar yang mewakili Pesatuan Melayu Johor sebagai pengerusi kongres ini. Hampir seluruh peserta kongres ini dapat menyampaikan ucapan mereka termasuk 2 orang kanak-kanak. Antara yang di sentuh dan di luluskan dalam kongres ini adalah :

    1. Menubuhkan Pertubuhan Melayu Bersatu

    2. Membantah pertubuhan Malayan Union

    3. Mengadakan derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

    Bertitik tolak dari kongres ini, satu jawatankuasa di bentuk bagi merangka piagam atau draf pertama pembentukan UMNO untuk di bentang di dalam kongres yang akan di langsungkan. Antara ahli yang terlibat adalah Dato Onn sebagai Pengerusi, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba). Pada waktu itu, British kekal bertegas untuk melaksanakan Malayan Union yang di tentang keras oleh orang Melayu kerana mahu menghapuskan Kuasa Raja-Raja Melayu pada masa itu. Suara paling lantang menentang penubuhan ini sudah tentu dari para peserta Kongres Melayu Se-Malaya bagi mendesak British menggugurkan penubuhan Malayan Union. Hasilnya, British akur atas desakan ini dan ini merupakan kejayaan pertama Kongres dalam perjuangan politik mereka.

    Pada Kongres Se-Malaya kali ke 3 dan perhimpunan agung yang pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu PEKEMBAR (UMNO) yang di adakan di Istana Besar Johor Bharu meluluskan Draf Perlembagaan UMNO dan draf ini di terima sebulat suara oleh seluruh peserta Perhimpunan ini. Akibat dari peristiwa ini maka UMNO lahirlah dengan rasminya di dalam Istana Besar Johor Bharu pada 11hb MEI 1946. Pada hari kedua persidangan ini, Dato Onn membuka cadangan bahawa Ahli UMNO di buka kepada seluruh penduduk di Malaya tanpa mengira kaum dan cadangan ini di tolak sebulat suara oleh peserta. Akibat daripada ini, Dato Onn memilih untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO yang pertama dan seterusnya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26hb Ogos 1951.

    Bersambung

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UMNO-ASAS PEJUANGAN MELAYU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top