My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 May 2015

    KUALA LUMPUR KEMBALI DI JAJAH?

    Penulis berkesempatan untuk mengunjungi Kuala Lumpur sempena cuti umum Hari Pekerja hari ini sambil memerhatikan gerakan Himpunan Batal GST. Suasana di Kuala Lumpur tidak banyak yang berubah sempena hari cuti umum di seluruh Negara kecuali ada sesuatu yang jelas mengganggu perhatian penulis.

    Penulis kadang kala rasa keliru. Adakah penulis berada di Lahore Pakistan? Adakah penulis berada di Dhaka Bangladesh? Jakarta Indonesia? Nairobi, Kenya? Kathmandu, Nepal? Ho Chi Minh City, Vietnam? Kebanjiran warga asing samada mempunyai permit kerja ataupun pendatang asing tanpa izin jelas menjadikan Kuala Lumpur seolah-olah telah kembali di jajah. Lokasi seperti Petaling Street, Plaza Kotaraya, Jalan Silang mahupun sekitar Pudu sekarang telah di "jajah" mereka sehingga mahu mencari penduduk Malaysia sendir di kawasan ini pun agak payah. kesemua lokasi yang di sebutkan penulis jelas telah di kuasai mereka malah terdapat beberapa kedai juga telah di hakmilikkan oleh mereka.


    Persoalan paling besar, tiadakah minat penguatkuasaan untuk memeriksa secara rambang kebanjiran warga asing ini? Penulis terfikir adalah lebih mudah untuk memberkas mereka pada waktu sedemikian kerana mereka jelas bertebaran di seluruh kawasan yang di sebutkan penulis di atas malah terdapat juga mereka yang menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil di kawasan ini. Sesuatu harus di lakukan oleh Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Imegresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi berkaitan supaya menjaga imej Kuala Lumpur dari bertukar menjadi Lahore, Dhaka, Manila, Jakarta, Nairobi, Niger, Kathmandu, Ho Chi Minh City, Mumbai, Vientinne, dan sebagainya.

    Menerusi beberapa temubual penulis dengan pengunjung warga tempatan di kawasan ini, mereka jelas berasa tiada jaminan keselamatan apabila berkunjung di kawasan ini apabila melihat kepada kebanjiran mereka di kawasan ini. Jelasnya lagi, tindakan mereka seolah-olah berada di negara mereka sendiri dengan sesuka hati melintas,melanggar malah ada yang berani mencabar warga tempatan apabila berlaga bahu jelas menunjukkan Kuala Lumpur telah hampir di jajah kembali, peristiwa 1942-1945 kembali berulang.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KUALA LUMPUR KEMBALI DI JAJAH? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top