My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 May 2015

    ROMPIN - ANALISIS AWAL PASCA PILIHANRAYA

    Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada Datuk Hassan Arifin kerana mendapat mandat dari penduduk penduduk Rompin selepas memenangi Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin hari ini. Memperolehi majoriti sebanyak 8,895 undi, kemenangan beliau adalah sudah di jangka memandangkan Rompin merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama. Dengan kira-kira 73% daripada 53,294 pengundi berdaftar keluar mengundi pada hari ini, jumlah ini jelas jauh berkurangan daripada Pilihanraya Umum yang lalu.

    Walaupun memperolehi kemenangan mutlak, masih ada berita duka yang harus di nilai secara mendalam. Pada Pilihanraya Umum yang lalu, calon Barisan Nasional, Allahyarham Dr Jamaluddin Jarjis memperolehi 15,114 majoriti dengan mengalahkan calon PAS Nuridah Mohd Salleh. Jadi kehilangan kira-kira 6,219 undi boleh menimbulkan tandatanya. Apa yang berlaku di Rompin?
    Ironinya, calon PAS setidak-tidaknya boleh mendabik dada dengan "mengekalkan" pengundi tegar PAS mengundi untuk beliau. Barisan Nasional pula boleh berbangga dengan peralihan undi Kaum Cina. Tidak di nafikan, Barisan Naional masih mengekalkan kerusi di sana. Tetapi bila berbicara tentang kemorosotan majoriti, penulis menggariskan 6 perkara utama kenapa semua ini berlaku.

    1. Permasalahan Perumahan Generasi kedua FELDA

    Penulis melihat Barisan Nasional banyak kehilangan undi boleh di katakan seluruh kawasan Felda. Peratusan keluar mengundi yang agak rendah serta beberapa keputusan luar jangka berlaku pada 17 buah Felda yang terdapat di Rompin jelas menunjukkan masalah perumahan generasi kedua ini masih menghantui polar pengundian walaupun rata-rata kenal siapa Datuk Hassan Arifin. Cuma bagi sesetengah penduduk, masalah ini terlalu lewat di atasi.


    2. Peratusan mengundi yang agak rendah.

    Dengan kira-kira 39,000 orang atau 73% daripada pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka, jumlah ini sebenarnya jauh lebih rendah berbanding Pilihanraya Umum lepas. Pada Pilhanraya Umum lepas sejumlah 86% atau 45,800 orang pemilih daripada j
    umlah pengundi yang sama menunaikan tanggungjawab mereka. Mungkin perbezaan 6,219 undi yang "hilang" berada di sini.

    3. Sifat over control situations 

    Apabila Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh Pilihanraya Parlimen Rompin, hampir seluruh jentera pilihanraya Barisan Nasional di gerakkan dengan Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein mengetuai jentera Barisan Nasional di sini. Apa yang menarik perhatian penulis, terdapat aduan daripada beberapa jentera pilihanraya pusat mengatakan jentera Negeri mahu mengawal selia perjalanan kempen kali ini sehingga menimbul banyak persoalan tentang pergerakan calon itu sendiri. Walaupun ada inisiatif bergerak secara agresif daripada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Pergerakan Wanita UMNO dan Dato Seri Hishamuddin sendiri, tetapi seolah-olah masih tiada keseragaman antara Pusat dan Negeri.

    4. Sifat over confident

    Semua orang tahu bahawa Rompin merupakan kerusi "tetap" bagi Barisan Nasional sejak sekian lama. Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sendiri memenangi kerusi ini selama 6 penggal dan ini menunjukkan kerusi ini cukup kebal untuk di tembusi oleh mana-mana parti pembangkang. Akan tetapi polar pengundian kini lebih kompleks untuk di fahami. Ketiadaan tindakan kempen secara agresif Peergerakan Pemuda UMNO di sini pada kali ini jelas seolah-olah mereka memandang enteng cabaran yang di bawa oleh Ustaz Nazri Ahmad dari PAS. Di tambah dengan sikap over controlling situations jentera Negeri, situasi bertambah kurang menyenangkan bila tiada keseragaman bergerak di kalangan jentera. Jelas suatu tindakan yang merugikan dari jentera Pergerakan Pemuda UMNO dan mereka hanya di selamatkan dengan tindakan Jentera Pemuda PAS yang memboikot pilihanraya kali ini. Sesuatu yang lucu apabila kedua-dua pergerakan Pemuda ini di khabarkan agak kurang senang dengan calon yang di tampilkan.

     5. Sentimen Tun Dr Mahathir

    Rata-rata warga Rompin yang di temui penulis pada peringkat awal kempen mengatakan mereka tidak begitu kisah dengan pergeseran antara Tun Dr Mahathir dan juga Dato Seri Mohd Najib. Bagi mereka semua ini adalah masalah negara dan pada mereka, mereka lebih berminat untuk mengetahui apa yang boleh di bawa oleh calon yang bakal memenangi Pilihanraya kali ini. Akan tetapi semua ini berubah kira-kira 5 hari sebelum pengundian di mana calon PAS dan penceramah undangan berulang kali menyebut tentang permasalahan ini sehingga mencipta sentimen dan persepsi salah terhadap masalah ini. Benar ada jawapa yang di berikan tetapi agak lewat menerangkan situasi sebenar yang berlaku.

    6. Calon Popular

    Benar, Datuk Hassan Arifin memang di kenali di Rompin kerana beliau bukan orang baru dalam arena politik Negeri Pahang. Tetapi sifat Melayu kekal Melayu. Boleh terdengar kata-kata penduduk Rompin mengatakan "walau apa pun terjadi, Barisan Nasional tetap akan menang". Dan kata-kata ini terbukti bila ada yang malas untuk keluar mengundi kerana bagi mereka samada keluar atau tidak, Datuk Hassan tetap akan menang.

    Bukan niat penulis mahu mempertikaikan kemenangan calon Barisan Nasional. Niat penulis cuma mahu pihak-pihak yang berkenaan memberi perhatian dan analisis khusus terhadap kemorosotan majoriti yang di terima. Katalah apa pun, Barisan Nasional sudah memenangi Pilihanraya kali ini. Cuma perhatian harus di berikan kepada Pilihanraya Umum yang ke 14 nanti. Bagi penulis, ini adalah isyarat jelas dari rakyat, sesuatu harus di berikan perhatian kepada pucuk pimpinan supaya majoriti dan kerusi yang di menangi Barisan Nasional tidak terus susut.

     Sekali lagi sekalung tahniah untuk Datuk Hassan Arifin dan syukur Alhamdullillah Barisan Nasional kekal berkuasa di Rompin....

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - ANALISIS AWAL PASCA PILIHANRAYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top