My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 9 May 2015

    APA KEISTIMEWAAN KHAIRY JAMALUDDIN?

    Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed, nama Khairy Jamaluddin langsung tidak kedengaran menyerlah. Sehinggalah zaman berubah. Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5 nama Khairy tiba-tiba muncul dalam arus politik semasa. Di akui ramai yang tertanya-tanya. Selain daripada suami kepada Nori, anak kepada Tun Abdullah sendiri, apa kredibilitinya sebagai pemimpin pelapis yang berkaliber?

    Sewaktu kali pertama memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau secara tiba-tiba meraih populariti ekspres apabila mengalahkan calon favorite untuk memenangi jawatan ini, Dato Mukhriz Mahathir. Pelbagai kata-kata sinis mencemuh kemenangan beliau. Yang paling ketara beliau memenangi jawatan ini atas 2 cara. Merasuah perwakilan UMNO seluruh negara dan kapasitinya sebagai menantu Perdana Menteri. Akan tetapi warga UMNO yang menyayangi parti menerima dengan hati terbuka kemenangan beliau walaupun banyak cemuhan yang di terima. Kemenangan beliau untuk kali kedua untuk mempertahankan

    Ketua Pemuda UMNO jelas seakan-akan sesuatu tidak kena. Banyak tempat mengatakan mereka sebenarnya menolak kemenangan beliau tetapi seperti ada "dorongan" kemenangan beliau kali kedua. Sememangnya tidak masuk akal apabila beliau memenangi jawatan ini dengan cukup bersih dalam erti kata lain semua undi memihak padanya sehinggakan tiada 1 pun undi memihak pada lawannya. Hebat bukan?

    Meraih jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan seolah-olah beliau berjaya membuka pintu untuk mara lebih jauh dalam kabinet. Kerajaan pernah mengalami satu "tsunami" apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mara terlalu pantas dalam arena politik. Beliau hanya mengambil masa 6 tahun untuk memecah dominasi orang lama dalam politik untuk berada dalam kabinet. Cara yang sama di lakukan Khairy Jamaluddin kini. Apa yang di bawa dalam KBS hari ini? Maaf penulis mengatakan, tiada apa-apa selain menuju kemusnahan. Renungkan 4 detik ini :

    1. Isu dopping Datuk Lee Chong Wei. Belum pernah ada mana-mana atlit Malaysia sangkut pada ujian dopping di peringkat antarabangsa. Bukan setakat Datuk Lee Chong Wei, malah atlit Wushu juga sangkut dalam ujian ini. Apakah perlaksanaan ujian sebelum ini di mansuhkan semata-mata mengejar populariti? Kenapa beliau memilih untuk merahsiakan wanita misteri yang mengakibatkan Datuk Lee sangkut pada ujian bekenaan?

    2. Ranking bolasepak negara merudum ketahap paling teruk. Daripada no 73 dunia satu ketika dahulu kini ketangga 166 dunia, lebih rendah berbanding Buthan yang kapasiti sadium terbesarnya hanya mampu menampung 20,000 orang dan Timur Leste yang stadiumnya tidak pernah penuh walaupun mampu menampung 25,000 orang, adakah ini pencapaian yang boleh di banggakan? Benar kuasa mutlak ada pada tangan FAM. Tetapi selaku Menteri Belia dan Sukan, apakah tiada sebarang laporan di terima untuk meneliti permasalahan yang timbul?

    3. Jumlah pungutan pingat yang merudum pada 2 temasya sukan antara terbesar di dunia, Sukan Asia di Incheon dan Sukan Komenwel di Glasgow. Setiap Menteri Belia dan Sukan sebelum beliau akan memastikan pungutan pingat emas akan mengikut sasaran. Berbeza dengan beliau, hanya menetapkan sasaran jauh lebih rendah dari pencapaian sebelum ini. Adakah sikap, asal ada sudah menjadi pegangan beliau?

    4. Pertelagahan tidak henti-henti di semua Persatuan Sukan di Malaysia. Pertelagahan berpanjangan seperti ini jelas langsung tidak membantu menaikkan potensi atlit yang bertanding. Selaku Menteri, seperti yang penulis gariskan sebelum ini, beliau seharusnya meneliti setiap laporan yang di terima. Memeriksa setiap persatuan yang bergabung dengan Kementerian di bawah beliau. Tetapi, sikap beliau yang lebih banyak menumpukan usaha politik beliau boleh penulis katakan beliau membiarkan persatuan berkenaan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Maka hasilnya? Lihat KOAM, PSM, Persatuan Angkat Berat Malaysia, PKBM dan beberapa persatuan lain.

    Terkini, selepas 5 orang PENDERHAKA kepada parti dan pemimpin di biarkan lepas bebas tanpa ada sebarang tindakan di ambil, beliau pula bertindak seperti si Kitul apabila lantang menyerang 1MDB dan Kerajaan. Jika di lihat Khairy sendiri lepas bebas berkempen di Permatang Pauh dengan harapan besar untuk memenangi Pilihanraya disana (malangnya tewas) dan namanya di julang sebagai juara di sana sehingga meninggalkan Rompin, kini beliau seolah-olah meletakkan kesalahan kegagalan beliau di Permatang Pauh kepada Perdana Menteri. Dalam situasi ini, bapa mertua beliau sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri tetapi sebaliknya berlaku kepada Khairy. Apakah beliau fikir beliau mampu menumbangkan Kerajaan sekarang dengan menaikkan isu 1MDB dan Tabung Haji? Terus terang bagi pemerhatian penulis, Khairy Jamaluddin (Sampai pangkat Dato pun tiada siapa yang sudi nak bagi) boleh di anggap sebagai politics player sehingga kadangkala beliau lupa tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rembau, Menteri Belia dan Sukan dan paling utama, salah seorang menteri kabinet yang di lantik oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APA KEISTIMEWAAN KHAIRY JAMALUDDIN? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top