My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 May 2015

    CUBAAN LIAR SI PENABUR FITNAH

    Baru-baru ini bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said telah mendedahkan 1MDB mahu mencagar hasil gas minyak Terengganu dan menggambarkan kepada orang ramai bahawa kerajaan pusat mahu menggadaikan hasil negara untuk pinjaman. Apa yang penulis lihat, dakwaan ini jelas tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, di bawah kuasa beliau untuk melihat dan menolak sebarang usaha mengeksploitasikan hasil negeri dari di gunakan sewenang-wenangnya.

    Apa yang berlaku sebenarnya? Bekas Menteri Besar Terengganu jelas tidak jujur dan tidak berkata benar dalm perkara ini, Apa yang berlaku sebenarnya ialah pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Terengganu telah menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (LPT) untuk melabur dalam sektor Sovereign Wealth Fund dengan bermodalkan sebanyak RM 1 billion untuk tujuan tersebut. Sukalah penulis menerangkan apa yang di maksudkan dengan Sovereign Wealth Fund. Seperti yang di beritahu pada penulisan penulis sebelum ini Sovereign Wealth Fund adalah 1 perniagaan pelaburan bon stok saham, hartanah, sukuk dan selain sektor strategik dalam pasaran kewangan dunia , pelaburan ini adalah 1 pelaburan untuk negara atau negeri.

    Lembaga Pelaburan Terengganu (LPT) telah mencadangkan 1 portfolio pelaburan iaitu Pelaburan dalam sektor Soverign Wealth Fund yang bernilai RM 6 billion dengan bermodalkan RM 1 billion melalui pinjaman kewangan antarabangsa dengan cagaran Hasil Komoditi Negeri Terengganu. Dalam erti kata lain, maksud sebenar cagaran hasil minyak dan gas (Oil and Gas) Negeri Terengganu bukan bermaksud hasil tersebut DICAGARKAN, tetapi ia lebih bermaksud DINIAGAKAN. Ini sekaligus menunjukkan Kerajaan langsung tidak menggadaikan hasil minyak dan gas ataupun tapak pengeluaran minyak dan gas Negeri Terengganu mahupun stok fizikal tersebut. Apa yang di niagakan sebenarnya adalah hasil minyak dan gas dalam bentuk wang tunai, iaitu dalam bentuk royalti minyak yang di bayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Hasil royalti ini di niagakan sebagai Colleteral ataupun sandaran bagi pinjaman sebanyak RM 6 billion untuk tujuan pelaburan di dalam Soverign Wealth Fund.

    Secara realitinya tidak ada walau setitik pun minyak ataupun gas Negeri Terengganu digadaikan ataupun dicagarkan. Apa yang dicadangankan untuk dijadikan sandaran mahupun cagaran bagi tujuan pinjaman untuk pelaburan tersebut adalah hanya hasil minyak gas tersebut dalam bentuk Royalti komoditi tersebut. Bagi penulis hasil royalti komoditi tersebut terjamin dengan kukuh kerana pelaburan yang dibuat adalah untuk sektor-sektor terjamin dan peniagaan jenis ini adalah 1 perniagaan kewangan. Jadi dakwaan Dato Seri Ahmad Said jelas tidak berasas seolah-olah beliau menggambarkan 1MDB mahu mencagarkan hasil minyak dan gas Negeri Terengganu untuk melakukan pinjaman sedangkan cadangan pelaburan LPT tidak ada kaitan dengan kerajaan pusat. Malah hakikat sebenarnya, cadangan pelaburan LPT ini tidak menjadi kenyataan kerana ianya tidak mendapat restu Dato Seri Ahmad Said sendiri selaku Menteri Besar Terengganu pada masa itu.

    Dalam hal ini, Datuk Ahmad Said harus memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu bagaimana Jho Low boleh menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu dan siapakah yang memilih Jho Low untuk jawatan berkenaan. Datuk Ahmad Said juga harus membuktikan entiti mana yang membuat cadangan portfolio Sovereign Wealth Fund tersebut, samada ianya adalah Lembaga Pelaburan Terengganu sendiri ataupun 1MDB. Beliau juga harus mendedahkan tarikh cadangan pelaburan tersebut untuk melihat samada cadangan tersebut dibuat sebelum atau selepas 1MDB ditubuhkan ataupun sebelum atau selepas LPT dibubarkan. Ini penting kerana setiap dakwaan yang dilakukan harus di kemukakan sebagai bukti kukuh memandangkan 1MDB kini sedang di audit oleh PAC bagi menjamin ketelusan sebarang urusan yang meliibatkan 1MDB. Mendakwa memang mudah. Tapi dakwaan beserta bukti amat sukar di laksanakan.

    Bagi penulis dakwaan Dato Seri Ahmad Said ini seolah-olah mempunyai unsur dendam akibat peralihan kuasa kepada pengganti beliau, Dato Seri Haji Ahmad Razif dimana di bawah pentadbiran beliau kini, Terengganu jelas mengalami transformasi hebat. Ini di buktikan dengan kemampuan Dato Seri Haji Ahmad Razif sendiri menterjemahkan Transformasi Negara yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Usaha yang di lakukan kini jelas mendapat sokongan majoriti rakyat Negeri Terengganu di mana ianya jelas berbeza sewaktu zaman pemerintahan Dato Seri Ahmad Said sendiri. 




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CUBAAN LIAR SI PENABUR FITNAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top