My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 May 2015

    IKATAN - PARTI ORANG KECEWA?

    Negara hari ini menyaksikan kelahiran sebuah lagi parti politik yang di beri nama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN. Di ketuai oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, parti politik ini turut di anggotai oleh bekas Menteri Pelajaran Sarawak, Datuk Bujang Ulis, ahli perbankkan, Ong Hock Siew, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath dan Presiden Uruskop, Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut. Juga turut di lantik ialah 6 orang Ahli Majlis Tertinggi Ikatan. Parti ini juga di percayai akan menjadi sebuah lagi Multi Racial Party selain daripada PKR dan DAP.


    Menurut Tan Sri Abdul Kadir, Parti Ikatan Bangsa Malaysia sebenarnya telah di tubuhkan pada 7hb Jun 2012 dimana urusan pendaftaran di R.O.S telah di lakukan pada 5hb Jun 2012 dimana majlis perlancaran parti ini hanya dapat di laksanakan hari ini berikutan terlalu banyak kerenah birokrasi sepanjang permohonan parti berkenaan. Untuk memberi sepenuh komitmen terhadap parti baru ini, Tan Sri Abdul Kadir sanggup meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang kini di pimpin oleh Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah.

    Ironinya, Tan Sri Abdul Kadir merupakan bekas salah seorang pemimpin tertinggi UMNO satu ketika dahulu. Menurut rekod pencarian, beliau telahkeluar daripada UMNO pada Mac 2012 berikutan kecewa kerana kurang mendapat sokongan dalam merebut salah satu jawatan di dalam UMNO. Beliau juga pernah menyampaikan ucapan di salah satu ceramah PAS pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Jadi adalah tidak menghairankan apabila dari corak gayanya membawa IKATAN, beliau sudah semestinya akan bergabung dengan Pakatan Rakyat walaupun beliau mendakwa Parti IKATAN ini bebas dari pengaruh Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

    Adalah sesuatu yang menarik perhatian penulis bila benderanya masih mengekal warna yang sama dengan UMNO cuma lambang keris di tukar dengan bayang-bayang Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman, modus yang sama dengan satu lagi Parti orang kecewa, Semangat 46 (S46). Menyasarkan keahlian sehingga 500,000 orang dalam tempoh setahun, penulis melihat parti ini berkemungkinan akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Kita Malaysia melainkan beliau dapat memujuk seorang lagi veteran UMNO yang sedang giat menyebarkan dakyah songsang terhadap kepimpinan UMNO kini, juga mengalami nasib di rundung kecewa, menyertai mereka dalam masa terdekat. Situasi ini jelas semakin menarik untuk di ikuti. Malah bagi penulis, Lim Guan Eng pastinya menyambut kehadiran parti ini sebagai salah satu "macai" tunggannya dalam memecah belahkan orang Melayu, sama seperti yang dilakukannya pada PAS apabila menjadikan PASMA sebagai kuda tunggannya.

    Gilos kuasa...

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IKATAN - PARTI ORANG KECEWA? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top