Sejak kelmarin, tersebar beberapa keping gambar yang kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor beraksi "manja" disisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Malah, terdapat juga gambar yang kononnya Datin Seri Rosmah melekapkan kepalanya kedada Paduka Sultan sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan di laman sosial.
Gambar dalam kedudukan sebenar |
Agak menghairan, bagaimana puak yang mengakui pejuang tegar Tun Dr Mahathir dan pembangkang ini boleh terpedaya dengan gambar sedemikian. Gambar-gambar ini dipercayai mula tersebar apabila fan pages Facebook yang dikenali sebagai Suara Rakyat menyebarkan gambar ini. Ini diikuti oleh fan pages Johor Bangkit fan pages Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan Ratu Naga.
Bukankah mereka tahu bahawa perkara seumpama ini tidak akan mungkin berlaku walau apa jua alasannya? Harus di ingat, Kebawah Duli Paduka Sultan adalah ketua bagi agama Islam dan sebagai ketua, dimana logiknya Paduka Sultan Ahmad Shah membenarkan dirinya disentuh sewenang-wenangnya oleh seorang wanita?
Paling utama, disisi Datin Seri Rosmah adalah suaminya sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Adakah Datuk Seri Mohd Najib membiarkan isterinya "bermanja" sedemikian rupa dikhalayak ramai? Adakah puak-puak ini lupa bahawa Paduka Sultan mempunyai protokolnya sendiri dan ianya menghalang sebarang perlakuan sebegini dilakukan terhadap Baginda.
Oleh yang demikian, nyata sekali penyokong pembangkang dan pentaksub Tun M benar-benar merelakan diri mereka diperbodohkan walaupun hakikatnya mereka waras. Mungkin mereka terlupa bahawa setiap fitnah itu dosanya sama seperti dosa seorang pembunuh. Mereka rela meneruskan pembohongan hanya kerana faktor politik.
Laporan Polis oleh UMNO Bahagian Pekan |
Dalam perkembangan yang sama, sehingga jam ini, sekurang-kurangnya 10 laporan polis telah dibuat keatas adminstrator kepada fan pages-fan pages ini. Terbaru, UMNO Bahagian Pekan telah melakukan laporan polis berhubung kebiadaban manusia-manusia berhati iblis ini.
Harus di ingat, politik hanyalah sekadar idealogi dan bukannya seperti pegangan agama. Berpolitik bukan menghalalkan segala cara sehingga tergamak mencipta fitnah yang benar-benar keji dan mengheret Istana kedalam sentimen politik yang penuh kebencian. Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebarkan imej fitnah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment