My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 10 August 2016

    Abang Selamatkan Adik Didera



    Tidak sanggup melihat penderitaan adiknya yang terus-menerus menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tiri, seorang remaja nekad melarikan saudara kandungnya dari rumah keluarganya di Wakaf Dua, Marang dekat sini Ahad lalu. 

    Remaja lelaki berusia 18 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia sudah lama mempunyai niat untuk membawa adik lelaki­nya keluar dari rumah namun tidak mempunyai peluang dan kemampuan.
    “Namun selepas saya tinggal menyewa di luar sejak dua bulan lalu, saya berpakat dengan adik untuk membawanya lari. “Tiba pada hari dijanjikan, saya membawa adik keluar dari rumah pada waktu malam tanpa disedari oleh ibu dan ayah tiri kami.

    “Dengan bantuan ayah kepada seorang kenalan saya, kami membawa adik ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ceri­tanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Abang Selamatkan Adik Didera Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top