Dewasa ini, antara kebimbangan utama bagi pemilik kenderaan adalah kecurian kenderaan masing-masing. Ia mencakupi samada motosikal, kereta mahupun kenderaan berat seperti lori. Walaupun trend kehilangan kenderaan ini belum mencecah tahap yang membimbangkan, namun andai tiada usaha drastik, pastinya ia akan menjadi satu perkara yang merunsingkan orang ramai.
Menyedari akan hal ini, Accenteam Sdn Bhd hari ini telah melancarkan sistem pengesanan kenderaan berasaskan satelit di Stadium Melawati, Shah Alam Selangor. Majlis yang dihadiri dan dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ini menjadi perintis kepada sebuah device yang mampu mengesan dan mencegah kehilangan kenderaan dengan lebih tepat dan efisyen.
Mengulas akan perkara ini, Timbalan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Zakwan Hafiz Ahmad Ansari berkata, device yang berkeupayaan mengesan kenderaan yang telah dilarikan ini menjadikan ianya sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ini sekaligus mampu mengurang dan mencegah kecurian kenderaan daripada berlaku.
Ujar beliau lagi, sistem ini mendapat sokongan penuh dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beliau berharap, device ini dapat dipasang kepada semua kenderaan yang berdaftar di Malaysia pada masa yang akan datang.
Untuk sedikit makluman, alat yang hanya sebesar kotak rokok ini mudah untuk dipasang dan tiada sebarang cas bayaran bulanan dikenakan. Ianya boleh dikatakan seperti "plug and play" dan amat mudah dipasang serta sukar dikesan oleh bukan pemilik asal kenderaan berkenaan.
Alat berkenaan dihubungkan menerusi applikasi telefon pintar dimana hanya pemilik sahaja yang boleh mengaktifkan device ini andai berlaku kecurian. Dengan dihubungkan menerusi satelit, ianya dapat mengesan kenderaan anda walaupun anda berada ratusan kilometer dari kenderaan yang dicuri ini.
Lebih menarik lagi, menerusi alat sekecil ini, kelajuan sesebuah kenderaan juga dapat dikesan dan untuk ini, Datuk Seri Zakwan dalam proses membentangkan cadangan kepada pihak berkenaan untuk memasang device ini kepada kenderaan awam seperti bas, teksi serta lori. Ini penting untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk seperti yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dengan harga RM 399 seunit, anda tidak perlu untuk membayar secara bulanan untuk mengaktifkan device ini. Cuma anda perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 24 untuk tahun kedua bagi mengaktifkan device ini. Didatangkan dengan jaminan selama 1 tahun, ianya merupakan salah satu alternatif terbaik untuk melindungi dan menjaga kenderaan anda daripada dicuri.
0 comments:
Post a Comment