Gara-gara terlalu dahaga, seorang lelaki warga asing terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana terminum racun serangga semalam. Menurut sumber, insiden dilapor berlaku di sebuah tapak pembinaan di Samariang di sini apabila mangsa yang bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan tersebut tanpa sengaja terminum racun itu pada 11 pagi.
“Kerana terlalu dahaga, mangsa dikatakan mengambil satu botol yang disangka air minuman lalu meminumnya padahal ia adalah racun serangga,” kata sumber.
Mangsa kemudian dikatakan berasa tidak sedap badan dan meminta majikan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan belum stabil dan dirawat di Zon Merah unit kecemasan HUS.
0 comments:
Post a Comment