Kegiatan sekumpulan sindiket dadah yang berani menjadikan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ulu Tiram di sini sebagai pusat memproses ketamin terbongkar selepas diserbu pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Bukit Aman Rabu lalu.
Kilang ketamiN tersebut difahamkan merupakan yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan itu polis berjaya merampas ketamin seberat 269.24 kilogram (kg) dengan nilai RM16 juta.
Katanya, dadah sebanyak itu boleh digunakan oleh seramai 897,000 penagih. “Makmal dadah jenis ketamin pertama di Malaysia yang beroperasi di sebuah kilang di kawasan perindustrian Ulu Tiram itu mendapat khidmat seorang ahli kimia warga India.
0 comments:
Post a Comment