My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 9 August 2016

    Dibina Untuk 800 Orang Tetapi Di Sumbat Sehingga 3,800 Orang



    Dalam kehidupan manusia normal, tidak pernah kita mendengar ada mana-mana individu yang mahu dirinya disumbat kedalam penjara. Kebanyakan mereka yang dimasukkan kedalam penjara adalah mereka yang melakukan kesalahan dimana hukumannya bagi dunia hari ini adalah penjara.

    Dipenjara, tidak pernah walau sekalipun pesalah dijanjikan mereka dapat hidup selesa dan sempurna. Penjara adalah satu lokasi dimana kesemua pesalah dihimpunkan didalam satu bangunan sebagai hukuman dan tempoh pemulihan bagi mereka yang pernah melakukan apa jua kesalahan.

    Namun lain pula halnya bagi sebuah penjara yang terkenal di Quezon City, Manila, Filipina. Di penjara ini, seramai kira-Kira 3,800 banduan terpaksa bergelut untuk mendapatkan ruang, minuman dan makanan di penjara ini.

    Ini kerana keadaan dalam penjara itu begitu sesak kerana ia dibina hanya untuk menempatkan 800 orang. Dengan 150 hingga 200 tahanan ditempatkan dalam sebuah sel yang sepatutnya boleh memuatkan 20 orang, banduan berkenaan terpaksa bergilir-gilir untuk tidur di atas lantai gelanggang bola keranjang, tangga, bawah katil atau buaian yang dibuat daripada selimut buruk.

    Hal ini didedahkan oleh seorang bekas banduan yang kembali ke penjara itu selepas menamatkan pengajian dalam bidang keadilan jenayah di Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat. Menurut Raymund Narag, dia berusia 20 tahun apabila dituduh melakukan jenayah yang dia tidak lakukan - membunuh seorang lelaki di Manila.

    Dalam bukunya, ‘Freedom and Death Inside the Jail’ (Kebebasan dan Kematian Dalam Penjara), Narag menceritakan secara terperinci keadaan yang terpaksa dilalui banduan di penjara itu.

    “Selama hampir tujuh tahun saya menjalani pengalaman kematian setiap saat dalam penjara itu. Tahanan dipaksa tidur di atas lantai lembap di ruang yang boleh mereka temui. Jika tidak, mereka akan tidur dalam keadaan mencangkung. Kesesakan dalam penjara itu menyebabkan sebahagian banduan diserang angin ahmar,” katanya.

    Menurutnya, makanan yang disediakan terlalu sedikit. Lebih buruk lagi, ada banduan yang berpendapat ia hanya sesuai untuk dimakan oleh babi. Makanan itu juga sering kali mengandungi paku berkarat dan kadang kala lipas. Ini memaksa tahanan sanggup berlapar atau mencuri makanan banduan lain.

    Narag berkata, setiap bulan, antara dua atau lima tahanan mati di penjara di Quezon City itu kerana sakit. Banduan ini sebenarnya amat mudah dijangkiti. Apa tidaknya, keadaan dalam penjara itu amat teruk. Mereka tidur bersesak-sesak, pengudaraan dalam bilik kurungan pula tidak sempurna dan bekalan air minuman terhad.

    Malah makanan yang disediakan tidak cukup zat. Lebih memburukkan keadaan, tahanan yang sakit dan sihat dikumpulkan dalam bilik kurungan yang sama. Kerana terlalu bosan, ramai juga banduan yang tertekan dan menghadapi masalah mental.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dibina Untuk 800 Orang Tetapi Di Sumbat Sehingga 3,800 Orang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top