Tepat jam 4 petang tadi, sahlah pendaftaran sebuah lagi parti baru yang berteraskan kaum Melayu. Dengan sahnya pendaftaran parti yang diberinama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia ini, maka lengkaplah sebuah episod penentangan dari bangsa dan kaum Melayu itu sendiri terhadap ketuanan Melayu yang cukup lama diperkatakan oleh pembangkang.

Manakan tidak, dengan tertubuhnya parti ini maka ianya menzahirkan harapan ramai pihak yang mahu melihat keberanian Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin mengotakan janji mereka untuk menyeragamkan serangan mereka terhadap kerajaan menerusi sebuah parti baru.
Tambahan pula, kedua-dua individu ini dilihat mempunyai persamaan masing-masing iaitu terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja demi mahu mencapai apa jua yang dihajatkan oleh mereka. Lihat sahaja Tun M yang seboleh-bolehnya enggan mengeluarkan belanja untuk menubuhkan parti baru.
Beliau lebih selesa menumpang parti yang sudah berjaya ditubuhkan seperti Parti Amanah Negara (PAN), PKR mahupun DAP. Dengan tertubuhnya parti ini, secara tidak langsung desakan ramai pihak yang menyuruh mereka berdua menubuhkan sebuah parti baru akhirnya terlaksana. Lebih dari itu, mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak hasil daripada desakan ramai pihak.

Namun, andai parti baru ini gagal mencapai hasrat untuk mengumpul lebih 6 juta ahli selepas penubuhannya, kita akan dapat melihat pergolakan yang akan timbul hasil perasaan syak wasangka sesama mereka. Tidak mustahil, hayat parti ini sama dengan jangka hayat satu lagi parti yang diasaskan dari perasaan dendam, Semangat 46.
0 comments:
Post a Comment