My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 9 August 2016

    Mungkinkah Hari Ini Penentu Masa Depan Muhyiddin?



    Setelah menerima asakan bertalu-talu dari ramai pihak berhubung rancangannya untuk menubuhkan parti baharu, akhirnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin secara rasminya mengumumkan akan menyerahkan borang pendaftaran parti barunya pada jam 3 petang ini di pejabat R.O.S.

    Untuk rekod, ini adalah pengumuman kedua yang diumumkan oleh beliau setelah cubaan kali pertama beliau pada minggu lalu, terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat beberapa pemberontakan berlaku didalam kem beliau dan kem Tun Dr Mahathir yang diketuai oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

    Sesuatu yang menarik untuk disaksikan, parti yang mungkin menggunakan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini ditubuhkan hanya kerana mahu memastikan Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri dijatuhkan. Malah, PPBM juga kononnya mahu membersihkan UMNO dari imej Datuk Seri Mohd Najib dan mengembalikan UMNO seperti dahulu.

    Adakah ini caranya untuk membersihkan UMNO setelah mengumumkan sebuah parti yang secara terang-terangan menentang UMNO dari segenap sudut? Sejak bila dengan berjuang diluar parti, sama seperti ikrar PKR dahulu, mampu untuk membersihkan UMNO? Adakah maksud membersihkan itu seumpama menguburkan terus UMNO dari peta politik Malaysia?

    Jelas sekali, tujuan penubuhan parti politik ini hanyalah bersifat dendam kesumat tanpa sebarang arah untuk memajukan rakyat dan negara. Ingin jua penulis mempersoalkan, andai mereka berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan "membersihkan" UMNO seperti yang dilaungkan, apa langkah seterusnya yang bakal diambil oleh Muhyiddin dan sekutunya?

    Melihat kepada kedudukan kumpulan pengkhianat ini juga, mudah untuk disimpulkan bahawa parti baru ini juga bakal berhadapan dengan nasib yang sama menimpa Semangat 46. Manakan tidak, belum tertubuhnya parti ini, mereka sudah berhadapan dengan pemberontakan dalaman dimana mereka kini sudah membentuk dua kem iaitu kem Tun M dan kem Muhyiddin.

    Adakah ini petanda yang baik yang bakal dipersembahkan kepada rakyat? Sudah tentu tidak dan Muhyiddin pasti sedar akan hal ini. Disebabkan itulah dia dilihat cukup terdesak untuk mendaftarkan parti ini secepat yang mungkin sebelum kedudukan mereka berpecah dengan lebih teruk lagi.

    Ramai yang bertanya, adakah Muhyiddin mampu memelihara kedudukan parti barunya sama seperti yang dilakukan oleh seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam PKR? Jika dilihat dari senario yang ada sekarang, andai gagal memperolehi sebarang kerusi selepas PRU ke 14 nanti, parti ini secara perlahan-lahan akan terkubur dengan sendirinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mungkinkah Hari Ini Penentu Masa Depan Muhyiddin? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top