My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 10 August 2016

    Harga Minyak Dijangka Sekitar AS$50 Setong Hingga 2020


    Bain & Company, firma perunding pengurusan perniagaan global menjangkakan harga minyak mentah dunia akan berlegar sekitar AS$50 setong sehingga 2020 dan meningkat kepada AS$60 setong menjelang 2030 berikutan lebihan bekalan dalam pasaran. 

    Ketua Amalan Minyak dan Gas (O&G) Bahagian Amerika Syarikat, Jorge Leis berkata, paras harga terbabit adalah selepas mengambil kira beberapa faktor penting seperti situasi tidak menentu ekonomi global dan bekalan minyak mentah yang rendah. Beliau berkata, paras harga minyak yang rendah menjadi perkara biasa buat masa ini, namun ia berpotensi untuk melonjak kepada AS$80 setong pada tempoh terbabit.

    “Harga minyak mentah dunia akan terus diduga dengan paras yang rendah untuk tempoh yang panjang berikutan bekalan dan permintaan yang tidak menentu,” katanya pada sesi Meja Bulat Industri O&G 2020 bersama media di sini, semalam.

    Leis berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali pulih dan stabil sepenuhnya adalah bergantung kepada tahap permintaannya di seluruh dunia. Katanya, kebanyakan bekalan minyak yang besar adalah dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) khususnya negara-negara Teluk dan Rusia berikutan kos pengeluaran yang rendah serta permintaan rendah sehingga 2020.

    “Selain itu, segmen gas asli cecair juga dilihat akan mengalami tempoh pengimbangan semula sehingga 2022, iaitu antara yang berkaitan dengan sumber tenaga lain seperti tenaga nuklear,” katanya.

    Ditanya mengenai prospek sektor O&G Malaysia, Leis berkata, Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran mencabar dalam industri berkenaan dan mencari langkah tepat untuk menghadapinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Harga Minyak Dijangka Sekitar AS$50 Setong Hingga 2020 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top