Menyebut akan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin, pastinya ingatan kita akan terimbau bagaimana beliau begitu setia dengan kepimpinan UMNO sejak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamed lagi. Turun naik politiknya pasti akan menjadi ingatan dan paling utama, sikapnya yang begitu Ultras Melayu dalam berpolitik pastinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada jiwa Melayu.
Namun itu semua cerita lama dan sudahpun disimpan kemas dalam sejarah. Hari ini, Muhyiddin bukan lagi seperti Muhyiddin yang dahulu. Jika dahulu, beliau antara lantang yang menyeru orang Melayu hormat dan patuh kepada ketua, hari ini beliau bertindak menjadi petualang dengan mahu melihat kehancuran UMNO, parti yang disertainya sejak lebih 40 tahun yang lalu.
Seolah-olah hilang dalam pengaruh nafsu serakah politik dan dendam, Muhyiddin hari ini dilihat lebih berminat untuk menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini. Semuanya bermula sewaktu beliau lebih condong untuk menyokong perjuangan sonsang yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir, orang yang sama meminggirkannya sewaktu melantik Tun Abdullah selaku Perdana Menteri.
Beliau pantas menjadikan 1MDB selaku bahan untuk beliau menghentam kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib. Dengan bermodalkan 1MDB, beliau giat menghasut seberapa ramai ahli UMNO untuk menentang kepimpinan UMNO hari ini. Apa yang beliau lakukan seolah-olah UMNO langsung tidak mempunyai jasa terhadapnya.
Setelah beliau diusir keluar dari UMNO, dendamnya terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan UMNO kian menjadi-jadi. Beliau tidak teragak-agak bekerjasama dengan pembangkang, puak yang sama dihina dan dicercanya sewaktu masih berkuasa. Malah, beliau pernah melabelkan pembangkang yang kini menjadi penaungnya sebagai satu pasukan perosak negara.
Hari ini, setelah pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pembangkang, beliau kini menjilat semula ludahnya. Apabila duduk bersama Datin Seri Wan Azizah dan Lim Kit Siang, beliau lupa bagaimana penghinaannya kepada pembangkang dahulu. Beliau sanggup untuk bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan UMNO hanya dengan alasan, sayangkan UMNO.
Adakah beliau menyifatkan sayang kepada UMNO mengharuskan beliau bekerjasama dengan pembangkang? Lebih memelikkan keadaan, jika sudah semeja dan sebantal dengan pembangkang, kenapa tidak terus mengumumkan dirinya sebagai ahli pembangkang? Kenapa beliau harus berdolak dalik berhubung masa depan politiknya?
Lebih menyedihkan, beliau menyifatkan UMNO sebagai sebuah kereta buruk yang hanya tunggu untuk dimusnahkan. Adakah ini maksudnya sayang? Nyata sekali, Muhyiddin telah terlupa bahawa apa yang beliau nikmati hari ini adalah kerana penglibatannya didalam UMNO. Setelah memiliki segalanya, beliau memilih untuk mengkhianati parti yang menjadi medan perjuangannya selama ini.
0 comments:
Post a Comment