Pada pertengahan bulan lalu, para penyokong Tun Dr Mahathir dan pembangkang seolah-olah menerima "nyawa" baru dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan. Semuanya disebabkan pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika yang mendakwa sedang menyiasat kes yang membabitkan beberapa orang yang ada hubung kait dengan 1MDB.

Namun hari ini, semuanya tidak menjadi kenyataan. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara Amerika, mereka hari ini menarik semula perintah sekatan keatas Reza Aziz dan juga Red Granite Picture yang dijadikan sasaran oleh pihak pembangkang dan pro Tun M kononnya dijadikan tempat sebagai penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.
Perintah ini sekaligus membenarkan semula Reza dan Red Granite meneruskan aktiviti mereka seperti biasa walaupun menerusi kenyataan yang sama, pihak Jabatan Peguam Amerika masih meneruskan siasatan mereka menerusi beberapa aspek yang lain.

Berita ini pastinya memberi tamparan hebat kepada Tun M, pengikutnya serta para penyokong pembangkang. Manakan tidak, mereka beriya-iya menyabitkan Perdana Menteri dan 1MDB dalam kes ini walhal perkara ini nyata satu mainan persepsi.
Malah Tan Sri Muhyiddin dalam satu sidang media yang dilakukan bersama-sama barisan pemimpin PKR di sebuah hotel di Subang baru-baru ini yang mahu membuat jelajah yang bertujuan ingin mendedahkan skandal yang berlaku didalam 1MDB juga akan terkena tempiasnya.

Benar seperti madah pujangga, kebenaran pasti akan muncul jua akhirnya walaupun kelihatan pada awalnya, fitnah bakal diterima. Hari ini, kebenaran telah terbuka dengan sendirinya disaat Datuk Seri Mohd Najib membawa misi negara ke Jakarta. Beliau kekal dengan usahanya menjaga Malaysia disebalik anak Malaysia sendiri mahu menjahanamkan negara sendiri.
0 comments:
Post a Comment