Masih ingat dengan filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nujum Pak Belalang? Diceritakan dalam filem berkenaan, Sultan sanggup meletakkan negara dalam pertaruhan hanya kerana ingin bermain teka teki dimana Baginda Sultan akhirnya berjaya memenangi pertandingan berkenaan dan memiliki sebuah lagi negeri sebagai jajahan takluk.
Filem yang diterbitkan pada 1959 ini cukup banyak pengajaran dimana penipuan tidak akan kekal selama-lamanya. Malah sikap suka meletakkan negara sebagai pertaruhan demi memuaskan nafsu sendiri juga turut di sentuh oleh Tan Sri P Ramlee. Bagi mereka yang celik hati, filem ini pastinya sarat dengan pengajaran.
Hari ini, setelah 56 tahun berlalu, tindakan yang sama sedang cuba dilakukan oleh pembangkang dan Tun Dr Mahathir terhadap negara. Semuanya disebabkan oleh perasaan marah dan nafsu politik yang tidak pernah padam yang mahu melihat kedudukan Datuk Seri Mohd Najib dijatuhkan.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk meletakkan negara dalam keadaan bahaya hanya semata-mata mahu memastikan kemahuan dan impian mereka tercapai. Perkara yang hampir sama berlaku sama seperti apa yang dipersembahkan didalam filem Nujub Pak Belalang.
Mereka mencipta pelbagai fitnah tanpa henti termasuk cuba membawa masuk kuasa luar untuk mencampuri urusan negara. Tanpa memikirkan nasib kira-kira 31.7 juta rakyat Malaysia, mereka mencaturkan politik megikut kehendak mereka seolah-olah matlamat menghalalkan cara.
Dalam banyak ucapan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau sedar terlalu banyak fitnah sedang berlegar menghentam beliau dan kerajaan yang sedang dipimpin olehnya. Namun begitu, beliau sentiasa menegaskan, kesabaran adalah kunci utama dalam urusannya mentadbir negara.
Malah, beliau sentiasa menekankan bahawa rakyat sentiasa didahulukan dalam apa jua tindakan beliau. Beliau jelas tidak menagmbil peduli segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya kerana beliau sedar, kebenaran pasti akan muncul jua akhirnya.
Lihat sahaja bagaimana hebatnya pembangkang dan Tun M mencipta fitnah yang mengaitkan 1MDB terhadap beliau. Satu demi satu fitnah berkenaan terbongkar dan kesemuanya kini memihak kepada Datuk Seri Mohd Najib walaupun pembangkang dan Tun M begitu giat menyebarkan fitnah.
Terbaru, siasatan Peguam Negara Amerika yang telah menarik semula sekatan dan siasatan mereka terhadap Reza Aziz serta beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB. Nama Datuk Seri Mohd Najib tetap dikaitkan dengan kes ini namun setelah pengumuman rasmi dilakukan oleh DoJ hari ini, fitnah mereka terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB nyata sekali satu tuduhan palsu.
Rakyat sendiri sebenarnya sudah muak dan mulai sedar akan segala penipuan dan fitnah yang ditabur oleh pembangkang dan Tun M. Rakyat jelas sudah jelak dengan segala tohmahan ini kecuali mereka yang hatinya sudah hitam dan sudah tidak nampak lagi sebarang kebenaran.
Sebagai Perdana Menteri, tentu sekali perkhabaran demi perkhabaran baik yang diterimanya dapat memulihkan imej beliau yang sekian lama cuba dirosakkan oleh pembangkang dan Tun M. Benarlah bagai dikata, kebenaran pasti akan muncul samada cepat ataupun lambat.
0 comments:
Post a Comment