My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 10 August 2016

    SPAD Bantu Pengendali Bas Yang Alami Kerugian



    Kebelakangan ini, kedengaran beberapa rungutan daripada para pengendali bas yang dilaporkan mengalami kerugian berikuta beberapa faktor diluar kawalan mereka. Hal ini pantas mendapat perhatian dari pihak SPAD dimana SPAD cukup prihatin tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh para pengendali bas ini.

    Bertindak atas permasalahan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah mengumumkan pemberian Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) sebanyak RM 142.7 juta kepada 65 pengendali bas bagi meneruskan perkhidmatan mereka yang tidak menguntungkan di kawasan desa dan luar bandar.

    ISBSF ini merupakan bantuan kepada pengendali bas yang mengalami kerugian apabila menjalankan operasi mereka di laluan yang tidak menguntungkan. Bantuan ini dilakukan oleh kerajaan melalui SPAD bagi meneruskan perkhidmatan bagi memberi kemudahan pengangkutan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar.

    Bantuan ini diberikan kerana adanya permintaan daripada pengusaha bas supaya mereka diberi dana bantuan kerana menjalankan operasi dilaluan yang kurang pengguna yang tidak menguntungkan. Setakat ini, pengendali dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM 11.62 juta.

    Dalam perkembangan yang sama, SPAD memaklumkan bahawa mereka akan terus menilai setiap permohonan yang diterima dan mengagihkan kepada syarikat bas yang layak. Untuk rekod, ISBSF ini diperkenalkan sejak 2012 lagi yang mana merupakan langkah sementara bagi memastikan operasi bas henti-henti di luar bandar dan desa diteruskan walaupun tidak ramai pengguna.

    Sehingga kini, ISBSF ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang dengan merentasi 608 laluan. Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar  Perkhidmatan bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh pengangkutan rel.

    Menyedari keperluan untuk mengekalkan laluan-laluan sosial yang penting ini, kerajaan terus bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti melalui pelbagai inisiatif yang lebih mampan.

    Dengan penerusan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) ini oleh kerajaan bagi tahun 2016, jumlah keseluruhan yang telah diperuntukan daripada 2012 sehingga kini adalah RM 661.7 juta.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan semua pengendali bas yang beroperasi dilaluan tidak popular supaya tidak memberi alasan tiada aliran tunai kerana bantuan telah disalurkan kepada pengendali dilaluan kritikal ini. Pemberian ISBSF ini adalah untuk menanggung kos operasi bas dilaluan ini dan bukanlah bersifat untuk menyelamat sesebuah pengendali bas.

    Secara jelasnya ISBSF ini perlu diteruskan biarpun ia bukanlah satu perancangan bersifat populis daripada sudut keuntungan tetapi disudut masyarakat luar bandar yang memerlukan pengangkutan bas kerana tiada alternatif lain pengangkutan seperti rel kereta api.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Bantu Pengendali Bas Yang Alami Kerugian Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top