Seperti yang kerap kali digariskan, salah satu indeks bagi sesebuah negara maju adalah keadaan pengangkutan awam baik di darat, udara mahupun air. Kreteria ini amat dititik beratkan kerana, jika sesebuah negera itu mahu menampakkan kemajuan yang sedang dinikmati, jaringan pengangkutan awam haruslah berada pada tahap yang terbaik dan benar-benar memenuhi kehendak rakyat.
Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) menyasarkan untuk mencapai angka 40 peratus pengguna yang menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Bagi memenuhi sasaran berkenaan, SPAD bakal memperkenalkan dua lagi aplikasi untuk pemegang telefon pintar.
Menjelang akhir tahun ini, SPAD dijangka bakal melancarkan aplikasi 'Journey Planner' dan menjelang 2019, SPAD bercadang memperkenalkan sistem satu kad bayaran tambang untuk semua pengangkutan awam darat.
Untuk aplikasi 'Journey Planner' ini, ianya direka supaya mampu memberi maklumat setiap pilihan perjalanan pengangkutan awam dari satu tempat ke tempat lain. Manerusi aplikasi ini ianya menyediakan pilihan perjalanan berdasarkan data PMHS. Pengguna boleh mencari cara yang paling berkesan dan paling murah untuk menuju ke sesuatu lokasi dari pelbagai pengangkutan awam.
Bagi perjalanan bas, pencarian akan menunjukkan maklumat yang merangkumi jarak sebenar dan anggaran masa ketibaan bas yang sedang bergerak. Hebat bukan?
Untuk rekod, sebelum ini, SPAD telah melancarkan aplikasi MeterOn pada tahun lalu dan ia didapati amat berkesan membantu penumpang-penumpang teksi dan bas ekspress membuat aduan terus kepada SPAD mengenai kesalahan memandu laju dan sikap pemandu itu sendiri.
Inilah antara komitmen berterusan SPAD bagi memastikan taraf pengangkutan awam negara berada pada tahap terbaik. Pastinya dengan segala penciptaan applikasi ini, sedikit sebanyak mampu membantu pengguna dan penumpang pengangkutan awam untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih tersusun dan teratur.
0 comments:
Post a Comment