Pengiktirafan ini sebenarnya bukan kecil maknanya. Ini kerana, setiap seorang pemandu teksi di negara ini membawa imej negara disamping memperkenalkan negara kepada pelancong luar. Namun, semangat yang cuba ditiupkan oleh Datuk Seri Mohd Najib itu nampaknya dikhianati oleh segelintir pengusaha teksi termasuk dimiliki oleh individu persendirian.
Pengkhianatan yang dimaksudkan adalah memajak, membiar atau menyewakan teksi milik pengusaha mahupun milik individu di bawa oleh pendatang asing terutamanya dari Pakistan mahupun Indonesia demi untuk mendapat untung mudah tanpa perlu keluar mencari pelanggan.
Hal ini sebenarnya sudah cuk
up lama diperkatakan cuma baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) mengadakan operasi yang diberi nama Ops Alien di sekitar ibu negara. Operasi ini bertujuan untuk mengenal pasti pemandu teksi warganegara asing yang tidak mempunyai permit memandu teksi dan syarikat ataupun individu yang memajak kenderaan berkenaan untuk dipandu oleh mereka.
Hasil serbuan penguatkuasa SPAD ini, sekurang-kurangnya lebih 10 pemandu teksi warganegara asing memandu teksi tanpa permit yang sah. Ini sangat jelas melanggar peraturan yang sedia ada dan sekaligus memberi bayangan, bagaimana mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dicemari dengan sikap pemalas dan tamak haloba segelintir pihak.
Sepatutnya, mereka harus sedar bahawa perkhidmatan awam di negara ini adalah cerminan kepada imej negara kepada pelancong luar. Namun begitu, hanya disebabkan mahu mendapat pendapatan mudah tanpa perlu keluar bekerja, mereka sanggup memajak atau menyewakan teksi yang sepatutnya mereka usahakan kepada warganegara asing.
Inilah masalah utama yang dihadapi oleh segelintir pemandu teksi di negara ini. Andai perkara ini tidak dibendung dari awal, apa yang dibimbangi adalah, mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara ini akan dicemari oleh pemandu warganegara asing yang tidak mempunyai permit memandu dan sekaligus membahayakan banyak nyawa di luar sana. Adakah mereka ini ingin dicop sebagai "pembunuh?"
0 comments:
Post a Comment