Kes pembunuhan seorang pegawai rendah polis berpangkat sub inspektor daripada Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman yang maut ditembak bertubi-tubi di rumah rakannya di Taman Sri Hosba, Changlun, Kedah Jumaat lalu disyaki dilakukan oleh pembunuh upahan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, polis turut percaya pembunuh upahan dari negara jiran itu telah diupah oleh kumpulan kongsi gelap negara ini.

“Walaupun mungkin ada pembunuh upahan dari luar negara, tetapi dengan kerjasama bantuan perundangan bersama dan kerjasama perkongsian maklumat perisikan, kita akan cari sehingga peroleh dan tangkap pembunuh upahan itu ke mahkamah,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment