My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 August 2017

    Momentum Kukuh



    Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini jika tiada sebarang peristiwa besar berlaku di peringkat global. 

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan tidak menyemak semula unjuran asal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu antara 4.3 hingga 4.8 peratus namun yakin ia mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan suku pertama dan kedua iaitu 5.6 serta 5.8 peratus. 

    “Pertumbuhan pada separuh pertama 2017 didorong penggunaan swasta dan pelaburan swasta dari segi permintaan. Bagi penawaran, terasnya ialah sektor pembinaan dan pembuatan.

    “Ekonomi negara amat berdaya tahan masa ini di mana ia masih mampu mencatatkan pertumbuhan baik berbanding sesetengah negara di rantau ini meskipun menerima impak daripada faktor luaran,” katanya selepas ucaptama Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa (IDS 2017), di sini, semalam. 

    IDS 2017 adalah platform penting bagi pertukaran dasar dan amalan pengarah korporat yang terbuka dan berkesan di mana edisi ketiga itu membentangkan isu dan topik serta cabaran yang dihadapi barisan pengarah masa kini dalam pengurusan perniagaan setiap hari.

    Beliau berkata, usaha menangani isu seperti keterangkuman, tadbir urus dan pembangunan ekonomi mampan perlu diberi keutamaan bagi memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik. 

    “Pelaburan dalam infrastruktur awam juga amat penting untuk meningkatkan keterangkuman di mana jika tidak, ia akan membuatkan masyarakat di pinggir dan luar bandar tidak dapat menerima impak pembangunan ekonomi,” katanya.

    Johari berkata, isu yang memberi kesan kepada dunia boleh muncul dalam tempoh masa singkat namun ekonomi Malaysia tidak banyak terkesan dengan situasi itu seperti dapat dilihat dalam krisis ekonomi sebelum ini.

    Menurutnya, Malaysia mengalami situasi turun naik yang berpanjangan dalam harga komoditi sehingga menyebabkan kerugian hasil RM36 bilion berikutan kejatuhan harga minyak namun pertumbuhan ekonomi tetap mampan berikutan kepelbagaian ekonomi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Momentum Kukuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top