My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 August 2017

    Shell Tumpu F&B



    Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) komited menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada rakyat Malaysia termasuk memberi fokus kepada segmen jualan makanan dan minuman (F&B) menerusi Shell Select. 

    Pengarah Urusannya Shairan Huzani berkata, pihaknya menyasarkan 800 daripada stesen minyak Shell akan menawarkan kemudahan makanan dan minuman berjenama dalam tempoh dua tahun berbanding 600 stesen yang sedia ada ketika ini.

    Beliau berkata, sejak dua tahun lalu, Shell Malaysia memperuntukkan RM100 juta untuk menaik taraf kemudahan di stesen minyak seluruh negara termasuk penyediaan surau, tandas dan ruang niaga yang lebih selesa.

    “Kami tidak hanya tertumpu mempertingkatkan kualiti minyak petrol Shell, malah bagi segmen bukan berkaitan petrol, kami menyediakan oasis makanan yang menawarkan pengalaman peruncitan lebih baik kepada pelanggan. Kami sentiasa peka dengan permintaan dan keperluan pelanggan terutama dengan perubahan gaya hidup masa kini,” katanya ketika ditemui di Menara Shell. 

    Menurutnya, Shell Malaysia juga sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan bagi memudahkan perjalanan mereka ke destinasi dituju menerusi perkhidmatan menyeluruh.

    Shairan berkata, pada masa ini Shell Malaysia mempunyai lebih 25 jenama tempatan dan antarabangsa dalam sektor makanan serta minuman yang berperanan menawarkan pelbagai sajian selera yang berkualiti kepada pelanggan.

    Beliau berkata, setakat ini segmen peruncitan petrol masih menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat, namun pihaknya menyasarkan untuk mempertingkatkan hasil daripada perniagaan bukan bahan bakar dengan mencapai portfolio yang lebih seimbang pada masa hadapan. 

    “Kami juga merancang membuka 100 lagi rangkaian stesen minyak dalam tempoh lima tahun akan datang yang mana stesen baru akan dilengkapi dengan kemudahan lebih komprehensif bergantung pada faktor lokasi dan saiz,” katanya.

    Shell Malaysia mempunyai lebih 900 stesen minyak di seluruh Malaysia dan memberi perkhidmatan kepada 10 juta pelanggan setiap minggu. Terbaru, syarikat itu turut melancarkan bahan api Shell petrol dan diesel baru dengan teknologi Dynaflex sebagai usaha memberi lebih penjimatan kepada kenderaan pelanggan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Shell Tumpu F&B Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top