Sekumpulan 12 pemancing terpaksa menghadapi suasana cemas selama 20 jam selepas terkandas di tengah lautan akibat enjin bot rosak sebelum diselamatkan sepasukan anggota dan pegawai Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.35 malam di perairan pelantar minyak Saint Joseph di Kota Belud itu berlaku ketika bot Ocean Kamara dinaiki kesemua pemancing itu rosak ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Kampung Serusup Tuaran di sini.
Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Mohd. Zubil Mat Som berkata, kesemua pemancing ditemui selamat pada pukul 5.30 petang semalam di kedudukan 21 kilometer barat daya pelantar minyak Saint Joseph.
0 comments:
Post a Comment