My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 August 2017

    Penutup Botol Jadi Jalur Gemilang



    Seramai 40 orang murid bersama 10 orang guru Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (SKRPR) Jalan Astana di sini berjaya menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan penutup botol bagi meraikan ketibaan Hari Kebangsaan ke-60 semalam. 

    Guru Besar sekolah itu, Assahari Ally Hussein berkata, projek ber­kenaan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Menurutnya, pihak sekolah berjaya mengumpul 61,322 penutup botol air minuman sejak Jun lalu termasuk yang disumbangkan orang ramai.

    “Kami menghasilkan dua pasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak. “Setiap satu bendera ini dihasilkan menggunakan 3,040 biji penutup botol dan secara keseluruhannya kira-kira 6,080 biji penutup botol digunakan untuk menghasilkan kedua-dua bendera ini,” katanya ketika ditemui di sekolah itu semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penutup Botol Jadi Jalur Gemilang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top