Seekor buaya tembaga yang sering muncul di permukaan anak sungai di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Labau Kelulit, Bekenu dekat sini sejak seminggu lalu akhirnya berjaya ditangkap semalam.
Reptilia sepanjang 3.96 meter dan seberat 300 kilogram (kg) itu ditangkap oleh Pasukan Tindak Pantas Hidupan Liar (SWAT) dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada pukul 9.30 pagi.
Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat SFC berkata, SWAT telah dimaklumkan mengenai kehadiran sang bedal itu oleh penduduk tempatan selepas mereka kerap melibat kelibat buaya itu muncul di permukaan anak sungai di situ.
Malah katanya, reptilia tersebut juga sering naik ke tebing sungai untuk berjemur sehingga menyebabkan penduduk setempat serta pekerja ladang kelapa sawit risau dengan keselamatan mereka.
“Bertindak atas laporan itu, anggota SWAT SFC cawangan Miri dibantu penduduk kampung melancarkan gerakan memburu reptilia terbabit sebelum berjaya menangkap sang bedal berkenaan.
Buaya itu ditangkap selepas termakan umpan daging pada mata kail yang dipasang di sekitar anak sungai di situ,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment