Seorang ahli bina badan Afrika Selatan meninggal dunia akibat kecederaan mengerikan selepas dia cuba melakukan ‘somersault’ ketika menyertai satu pertandingan. Tengkuk Sifiso Lungelo Thabete patah apabila dia jatuh kepala dulu ketika melakukan aksi itu.
Pegawai meluru ke arah bekas juara dunia peringkat remaja itu apabila dia kaku di atas gelanggang kelmarin. Dalam video yang dimuat naik ke Internet, Thabete dilihat memasuki gymnasium dan mempamerkan ototnya kepada penonton.
Peserta berusia 23 tahun itu kemudian berlari ke tengah pentas, melompat dan cuba melakukan somersault. Bagaimanapun, badannya tidak cukup momentum untuk berpusing menyebabkan dia jatuh ke lantai dengan belakang kepalanya dulu.
Dia terguling dan kaku di tengah gelanggang sebelum beberapa orang meluru untuk membantunya. Menurut persatuan bina badan Afrika Selatan, Thabete memang sering melakukan somersault setiap kali berada di gelanggang.
Presiden eksekutif persatuan, Wayne Price berkata: “Dia mungkin tergelincir kerana memakai stokin kali ini, atau badannya mungkin tidak cukup momentum untuk berpusing, menyebabkan dia jatuh kepala dulu.”
0 comments:
Post a Comment