My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 August 2017

    Maut Terperangkap Dalam Kereta



    SEORANG individu rentung, seorang lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 2 Jalan Seri Melor berhampiran Perumahan Baru Semporna Centre, Semporna, hari ini. 

    Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa yang rentung masih belum dikenal pasti identiti dan jantina manakala mangsa parah adalah remaja lelaki berusia 19 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, ketika kejadian, dua individu itu dikatakan menaiki kereta dalam perjalanan dari Tanjung Kapor ke Semporna.

    Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit terbabas lalu terbakar. "Sebaik menerima laporan, sebuah jentera dikejarkan dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

    "Mereka tiba di lokasi kejadian jam 2.15 pagi dan anggota terus memadamkan kebakaran. "Selepas api dipadamkan, kita menemui mayat seorang individu yang rentung akibat terperangkap dalam kenderaan itu," katanya.

    Beliau berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut. "Remaja lelaki yang parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut " katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Terperangkap Dalam Kereta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top