• PANAS

    Saturday, 12 August 2017

    40 Dihalang Ke Makkah



    Hasrat 40 jemaah Indonesia untuk mengerjakan haji berkubur apabila dihalang menaiki penerbangan selepas didapati tidak mempunyai dokumen yang sah. Semua jemaah dari Sulawesi Selatan dan Kalimantan Timur itu ditahan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin Isnin lalu.  

    “Pegawai kami berasa curiga kerana kumpulan itu memberi jawapan berlainan ketika disoal. Ada yang mendakwa mahu melawat Makkah dan ada yang menjawab mahu mengerjakan haji dengan pakej premium,” kata jurucakap Imigresen, Andi Pallawarukka kelmarin.

    Selepas memeriksa dokumen seperti tiket dan visa, kumpulan itu didapati tidak mengikut prosedur yang sepatutnya untuk mengerjakan haji. “Mereka merancang pergi ke Arab Saudi menggunakan visa umrah bukannya visa haji. Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah umrah datang ke negara itu ketika musim haji,” jelasnya.

    Menurutnya, kumpulan itu merancang berlepas dari Makassar menuju ke Singapura sebelum mengambil penerbangan ke Bangladesh, Riyadh dan ke Makkah.

    Kumpulan itu menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan dikenali sebagai Maidah Wisata dan membayar Rp130 juta (RM41,788) hingga Rp150 juta (RM48,217) seorang. Pihak berkuasa mengarahkan syarikat itu memulangkan semula wang jemaah berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 40 Dihalang Ke Makkah Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top