Seramai tiga individu termasuk seorang penebar roti canai dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di laman sosial Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh, Nor Sabariah Abdul Kadir, 29; Ng Thai Quen, 19; dan Mazlan Yusoff, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.
Berdasarkan pertuduhan, Nor Sabariah yang merupakan pegawai pengambilan pekerja dan Thai Quen, seorang penjaga stor didakwa menggunakan nama profil masing-masing di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Komen Nor Sabariah dibaca pada pukul 9 pagi, 2 Februari lalu manakala Thai Quen pula pukul 3 petang, 16 Disember tahun lalu. Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini antara 15 Disember 2016 dan 1 Februari lalu.
Sementara itu, Mazlan yang bekerja sebagai penebar roti canai pula didakwa menggunakan nama ‘Zain Al Aznam’ di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 2, Jalan Bandar 13, Taman Melawati dan dibaca pukul 8.06 pagi, 14 November 2016 serta pukul 2.53 pagi, 11 November tahun yang sama.
0 comments:
Post a Comment