My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 12 August 2017

    Jangan Terlalu Yakin – Thanabalan



    PENYERANG skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, N. Thanabalan mengingatkan agar rakan-rakan sepasukannya tidak memandang rendah kemampuan pasukan Brunei apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, Isnin ini. 

    Menurut Thanabalan, jika mereka bersikap sambil lewa, ia bakal membawa padah dan sikap seperti itu harus dielakkan. Atas kertas, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dilihat sebagai pasukan pilihan berbanding Brunei tetapi ia bukan jaminan buat mereka untuk meriah kemenangan mudah. 

    “Kami telah mendapat pengajaran berguna ketika mengharungi pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 di Bangkok, bulan lalu yang mana Thailand ketika itu menjadi pasukan pilihan ketika bertemu Mongolia.

    “Begitupun, kejutan berlaku antara kedua-dua pasukan tersebut apabila Mongolia berjaya mengikat Thailand. Atas alasan tersebut, kami harus sentiasa berwaspada dan tidak boleh memandang rendah terhadap cabaran semua pasukan lawan.

    “Justeru, kami tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan Brunei walaupun misi utama adalah untuk meraih kemenangan pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A ini. Misi kami mahu bermula dengan cemerlang dan sudah pasti jurulatih (Kim Swee) memiliki strategi terbaik untuk merealisasikan hasrat itu,” kata Thanabalan ketika dihubungi semalam.


    Dalam perkembangan sama, Thanabalan juga melaungkan amaran bahawa dia akan terus memainkan peranan selaku pemusnah bagi membantu skuad negara meraih kemenangan. “Setiap pemain yang diletakkan di posisi menyerang hanya ada satu tugas iaitu untuk menjaringkan gol. Saya berjanji untuk melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin.

    “Seperti biasa, saya akan memberikan komitmen 100 peratus dan akan terus bekerja keras untuk membantu skuad negara meriah kejayaan,” ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Terlalu Yakin – Thanabalan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top