My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 August 2017

    Bilik Fail IPD Sibu Hangus



    BILIK fail Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu musnah dalam kebakaran, hari ini. Kejadian 7.15 pagi itu memusnahkan semua fail yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan. 

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.20 pagi. Menurutnya, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu dikejarkan ke lokasi kejadian.

    "Bilik berkenaan terletak di tingkat satu bangunan IPD Sibu memusnah semua fail yang disimpan. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke bahagian lain bangunan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pasukan forensik akan dipanggil bagi menyiasat punca kebakaran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bilik Fail IPD Sibu Hangus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top