My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 11 August 2017

    Shaheizy Terkejut Dikejar LHDN



    Hero filem Polis Evo, Shaheizy Sam terkejut apabila mengetahui dia bakal diisytiharkan sebagai individu muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas namanya disiarkan menerusi satu notis penyampaian ganti kebankrapan dalam sebuah akhbar Isnin lalu. 

    Berdasarkan notis tersebut perintah muflis terhadap Shaheizy yang juga adik kepada aktres Zizie Ezette itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 26 Mei lalu. Shaheizy atau nama penuh­nya, Shaheizy Sam Abd. Samad, 35, mendakwa, dia sendiri tidak mengetahui me­ngenai tuntutan cukai dan pengisytiharan itu.

    Katanya, dia sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak LHDN mengenai isu tersebut. “Saya sendiri tengah tunggu penjelasan daripada pihak LHDN mengenai isu ini kerana tiada sebarang notis dikeluarkan kepada saya selama ini.

    “Malah, dua tiga minggu lepas wakil LHDN ada datang ke rumah bertemu dengan saya dan ketika itu mereka juga tidak maklumkan tentang hal ini (muflis),” dakwanya ketika dihubungi media semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Shaheizy Terkejut Dikejar LHDN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top