My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 August 2017

    Kolar Satelit Jejak Pigmy



    Kira-kira 2,000 populasi gajah spesies Pigmy Borneo ada di negeri ini dan daripada jumlah itu 20 dipasang kolar satelit untuk mengesan kedudukan haiwan berkenaan. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, gajah itu berada di beberapa kawasan termasuk Kinabatangan, Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. 

    “Ketika ini ada lebih 2,000 gajah Pigmy Borneo di sekitar hutan di Sabah dan 20 daripadanya dipasang kolar satelit sejak 10 tahun lalu. Ia bertujuan menjejak lokasi gajah ini selain sebagai amaran awal sekiranya kami lihat kumpulan haiwan berkenaan keluar dari hutan menghampiri kawasan ladang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

    Augustine berkata, gajah berkenaan bergerak secara berkumpulan dan pergerakannya harus dipantau termasuk untuk melihat keluasan kawasan mereka bergerak. “Data itu kami perlukan untuk mengawal pergerakan gajah supaya tidak sampai ke ladang. Keluasan pergerakan mereka perlu diambil sejauh mana mereka bergerak.

    “Setakat ini, semua gajah itu dilepaskan di kawasan hutan simpan jauh dari kawasan ladang atau pertanian bagi mengelak daripada berlaku konflik dengan manusia,” katanya. Bagaimanapun, ada juga sebahagian gajah ini akan terlepas masuk ke ladang, namun JHL sentiasa memantau pergerakan mereka termasuk menghantar semula dalam hutan.

    "Contohnya, baru-baru ini ada gajah yang dihantar ke hutan simpan di Ulu Segama selepas didapati berada di Telupid,” katanya.

    Augustine berkata, JHL banyak melaksanakan usaha mengawal konflik gajah dan manusia di negeri ini termasuk mewujudkan kerjasama daripada pelbagai pihak. “Selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi pelbagai kajian, kami turut bekerjasama dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Borneo Conservation Trust (BCT) dalam memulihara dan memelihara gajah di negeri ini,” katanya. 

    Katanya, bagi mengurangkan kesan konflik yang wujud itu, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menerusi JHL Sabah mewujudkan pelan tindakan untuk pemuliharaan tiga jenis haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam.

    Antara pelan itu adalah Pelan Tindakan Badak, Orang Utan dan Gajah. Semua pelan itu menyenaraikan strategi dan tindakan yang perlu diambil dalam tempoh lima tahun bagi memastikan badak Sumatera, orang utan dan gajah tidak pupus.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kolar Satelit Jejak Pigmy Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top