My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 August 2017

    Bukan Tugas Mudah



    Biarpun berjaya mengelak daripada bertemu juara bertahan, Thailand di separuh akhir, jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan dengan Indonesia, Sabtu ini dalam misi memburu tiket ke final. 

    Pengendali berusia 46 tahun itu berkata, kejayaan mereka mengalahkan Indonesia 3-0 pada kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu tidak boleh diambil kira. 

    “Kita tahu Indonesia bertambah baik, dalam kempen peringkat Kumpulan B, mereka berjaya seri dengan Thailand (1-1) dan Vietnam (0-0). Kita tak boleh ambil mudah dan ambil kira keputusan perlawanan terdahulu ketika bertemu Indonesia di kelayakan AFC,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

    Pertembungan Malaysia dan Indonesia menjadi kenyataan apabila pasukan tuan rumah muncul juara Kumpulan A selepas merekod empat kemenangan berturut-turut manakala Indonesia naib juara Kumpulan B selepas mengalahkan Kemboja 2-0 pada perlawanan terakhir di Stadium Shah Alam hari ini.

    Thailand yang mengalahkan Myanmar 3-0 pada final dua tahun lalu di Singapura akan membuat perhitungan sekali lagi dalam satu lagi aksi separuh akhir Sabtu ini di Selayang.

    Menurut Kim Swee tidak terlalu banyak perbezaan yang dilakukan oleh pengendali skuad Garuda Muda Luis Milla Aspas berbanding di kelayakan AFC sebelum ini namun beberapa pemain baru dibawa masuk seperti Hazra Harm Walian harus diambil perhatian.

    “Mereka menyenaraikan beberapa pemain baru, ada yang pernah bermain dengan skuad remaja kelab Ajax Amsterdam. Bila mereka sudah lama bersama bermain sesama sendiri, sudah pasti akan beri kelebihan sama dengan kita.

    “Tapi kita ada sedikit kelebihan sebagai pasukan tuan rumah dan penyokong yang akan memberi semangat kepada pemain. Jika pemain kekal berdisiplin, kita ada peluang untuk layak,” katanya.

    Kali terakhir Malaysia layak ke final Sukan SEA di bawah kendalian Kim Swee di Jakarta 2011 dan meraih pingat emas dengan mengalahkan tuan rumah menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Tugas Mudah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top